Monday, October 13, 2008

Makan..Makan..Makan..

Hihi..Dear diary..Masuk harini dah 3 hari dok ganti puasa yang luak bulan lepas..(pasallah tak puasa penuh haritu..hehehe..)..Mood puasa still ada dan waktu maghrib pun cepat lagi..Kalau dah last2 minute nanti sampai jumpa Ramadhan lagi, silap2 tak sempat nak ganti puasa..Perut pun dari first day raya sampai sekarang meragam jek..(gastrik)..Hm..maybe makan bukan2 masa raya aritu gaknya..oklah jugak puasa..Nak healkan balik perut ni..hehehe

Harini dok sakit kepala lagi pikir nak masak apa..Pagi2 sampai office terus on pc..pukul 8 dah sampai office dah..tiap2 ari camtu.Biasalah..tak suka nak rush2 last minute walaupun rumah selang 2 station jek sampai ke Ampang Park..Start keje pun kul 9..so ada lagi time nak lepak2, baca paper and do my own work... ingatkan nak surf internet cari resepi2 yang sesuai untuk menu malam ni..sekali takleh bukak..isk..apahal lak pc ni..sampailah nak balik pun takleh bukak..(sapelah pulak gatal tarik internet access dari pc aku..camne aku nak buat keje..camne nak wat research..mangkuk betul..)..Terfikir nak buat mee goreng jek..paling senang..hmm..Balik keje singgah TC Permata kat Ampang Park beli mende alah untuk masak mee goreng..Menu ni pun simple2 jek..semua yang kita masak selama ni so far, semua simple2..Yelah, hari2 masak beb..kalau seminggu sekali takpe..tak yah nak perah kepala hotak..Nak cari fresh fish, chicken pun susah..belum ada masa lagi nak g penuhkan fridge tu (ingatkan nak g Carrefour tapi tak tau bile..)..at least leh ar simpan stock untuk beberapa minggu..kalau nak super duper boombastic..susah yang amat..tunggu ar kalau ada cuti panjang..bolehlah buat experiment..Ni kalau setakat sampai rumah kul 6..nak kene sedia makan kul 7..masak camni pun ok ..."ok tak sayang???".....

Mee Goreng



Bahan-bahan:
1 peket mee
Taugeh
Tauhu digoreng
Sawi
Daun kuchai
Sotong/udang
Fishball
Gula
Garam

Bahan-bahan kisar:
3 biji bawang besar
1 biji bawang putih
Lada kering direbus dahulu
Ikan bilis
Sedikit air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan kisar dan kemudian masukkan sotong/udang.
2. Tumis hingga naik bau. Masukkan gula dan garam. Tunggu sehingga sotong/udang masak dan bahan tumisan masak dan agak kering.
3. Masukkan mee dan gaulkan.
4. Masukkan fishball dan sayur sawi.
5. Yang terakhir barulah masukkan taugeh dan daun kuchai.
6. Kacau sampai sebati, bila sudah mesra semua bahan-bahan tadi, bolehlah tutupkan api.


Ni pulak resepi hari Jumaat haritu..

Sambal Goreng Kering Ikan Bilis, Kacang dan Kentang



Bahan-bahan tumbuk/dimesin:
7 tangkai cili kering direbus
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Sedikit air

Bahan-bahan untuk digoreng dahulu:
1 mangkuk kecik ikan bilis
1 mangkuk kecik kacang tanah
1 biji kentang


Sedikit asam jawa
Gula
Garam

Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis, kacang tanah dan kentang kemudian asingkan.
2. Panaskan minyak, gorengkan sedikit bawang besar yang dihiris halus. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
3. Masukkan gula, garam sedikit asam jawa dan biarkan sambal tadi betul2 masak dan kering.
4. Kemudian masukkan ikan bilis, kacang tanah dan kentang yang telah digoreng tadi.
5. Kacau sehingga sebati dan biarkan sambal kering dan bolehlah tutupkan api.


PS://sedap kalau makan ngan nasi panas2...

2 comments:

Anonymous said...

bleh aa share respi ngan aku. fyi.. aku mmg masak everyday without failed! fuhhh.. bangga sungguh kan ??? ahahhaha..

pening ooo nk pikir ape nk wat for bfast n dinner.. arini nyer menu, dh pikir 2,3 days before.. ;)

ARIBA said...

Linda:..uissh...ye ke.Marilah kita bersama2 menjadi isteri solehah..hahaha..glad, aku tak prepare breakfast(sebab tak sempat.kadang2 jek prepare bfast)..kalau tak, botak ar kepala nak pikir menu jek..hehe..