Showing posts with label Mak. Show all posts
Showing posts with label Mak. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Selamat Tinggal Ibuku..

Assalamualaikum..Kalau korang kawan dalam FB kita, korang mesti tau kan..Tak tahu nak mulakan cerita dari mana. Semuanya seperti telah diaturkan Allah..Few weeks ago (selang seminggu jek lebih kurang) kita balik JB with all my family including ayah (sila tengok entry lepas). Niat sebenar nak balik kampung jenguk mak (MIL) kat kampung n at the same time ajak ayah n family melawat mak. Masa tu mak masih lagi boleh makan sambil duduk..walaupun tak berupaya melihat seperti asal dan mendengar seperti sebelum ni....

Ayah (my dad) kita pun masa tu menangis sedih bila melihatkan keadaan mak yg kini tidak lagi berdaya seperti dulu..Memandangkan keadaan ayah kita yg berkerusi roda dan sakit, jarang berpeluang untuk bawa ayah berjumpa mak ayah di JB..Hati memang tergerak nak bawa ayah berjumpa mak kat JB tapi masa tak mengizinkan..Mujur dengan kehendak Allah, dapat juga berjumpa mak masa cuti panjang haritu (cuti Thaipusam dan Maulidur Rasul)..Syukur sgt..tuhan permudahkan semuanya..ayah kita dapat jumpa mak sebelum mak pergi untuk selama2nya..ya..benar apa yang kita katakan..mak saya sudah tiada lagi ketika entry ini ditulis....

4-7 February 2012 - Balik JB dengan family + holiday
10 February 2012  - Bergegas balik JB..Mak tenat..
18 February 2012  - Mak meningal dunia..

Mak satu2nya mak kita..Mak kita sendiri sudah meninggal dunia 2 tahun lepas..skrg, kedua2nya sudah pergi dijemput Tuhan..Camni citenya..7 Feb memang dah balik KL semula sebab esok keje... Dan hari jumaat pulak (10 February) HM ada futsal game 3 hari. Kira tido sana ar. Petang Jumaat tu memang jemput budak2 sendiri sebab HM amik half day keje sbb nak cpt sampai shah alam (game tu kat shah alam)..malam around 10pm HM call bgtau mak tenat n suruh kemas2 bag..so HM terpaksa tinggalkan shah alam untuk balik JB..Kiteorang gerak dalam pukul 12 malam n singgah Lembah Beringin amik anak buah (Haikal) kat sana..roughly sampai JB around 4-5 pagi..Mak dah dihantar ke hospital dan dah balik semula..Masa tu keadaan mak dah ok skit..but on and off kaki n tangan sejuk2..so mak just bergantung kepada mesin oksigen n drip jek..Keadaan mak masa ni memang baring jek dan tak boleh lagi bangun macam sebelum kita balik 4 Feb  haritu..

Doa dan usaha tak putus2, sentiasa bersama2 mak sepanjang masa..family, makcik2, pakcik2, semua tak putus2 datang dan mendoakan kesejahteraan mak..Kita n Azra especially macam letih sgt n tak cukup rehat agaknya..dalam kelam kabut ni boleh demam pulak..;-(..tapi yg paling dirisaukan ialah mak dan Azra..setiap jam terpaksa monitor Azra..mama pun sakit sama..;-(..Pegi jugak klinik untuk check Azra..tapi penuh semua klinik..last2 pegi farmasi jek beli ubat demam n ubat cucuk bontot..alhamdulillah, beransur jugak demam Ayra kebah..mama Ayra pun lama2 dah ok skit walaupun tak berapa sihat..

13-14 February 2012 kita terpaksa amik MC..badan tak sihat, Azra pun tak sihat..and at the same time kene jaga budak2 berdua tu memandangkan HM perlukan masa untuk mak..14 February 2012 balik KL semula with HM n HM balik semula JB alone on 16 Feb and amik EL untuk sambung cuti sampai akhir minggu..

So few days tu kita sorang2lah pegi keje balik keje dengan budak2..and bercadang nak balik JB on Saturday dengan budak2..nak gerak Jumaat malam susah pulak sbb drive dengan budak2..malam pulak tu..apa2 hal susah nanti..so pikir2, baik gerak Sabtu jek..so sepanjang kita takde kat JB tu, HM selalu ar update kesihatan mak..hari Khamis n Jumaat tu ar HM ckp mak dah tak makan, tak minum..takleh nak terima dah..;-(..

Pagi Sabtu dah start kemas2 barang..Uda n ayah nk pegi bangi..so, kita pun pikir oklah..boleh gerak skali..drop diaorang kat bangi n terus balik JB..dlm pada nak kemas2 bag..HM message tanya jadi balik ke tak..time tu nak dekat kul 8 pagi..kita ckp memang balik ar tapi sendiri ar n lepas hantar diaorang..and about 9 pagi, HM message kata mak nazak..kita pun cepat2 ar buat apa yg patut..(paham2 jeklah nak pack barang2 budak lagi)..and around 10 lebih camtu, HM call n cakap mak dah takde (dengan suara tengah nangis)..;-(...INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN...tu jek yg kita mampu ckp..sedih sbb tak dapat nak mengadap mak ..tapi beruntung ar HM sebab berada dengan mak masa mak pergi..tak macam masa mak kita dulu pegi..tak sempat nk mengadap pun..bila tahu mak dah takde, baru jek nak gerak balik Muar..;-(...sedih..terkilan....hmm..sudah memaafkan tapi jauh dalam sudut hati ni sgt terkilan sbb.....

 
Tuhan lebih menyayangi mak..mak pergi dengan tenang..Kita finally gerak balik JB dengan my sister uda..alhamdulillah..ada jugaklah orang nak look after ayra n azra masa kita drive..sepanjang perjalanan tak jam sangat..but few places hujan agak lebat..and secara keseluruhannya alhamdulillah..perjalanan yg lancar, walaupun niat di hati nak mandikan jenazah mak..tapi sbb hujan lebat, tak dapat nak sampai awal..tapi sempat sampai masa tu baru selesai mandikan jenazah mak..alhamdulillah...masa tu dalam pukul 3 lebih petang...sempat tengok n tolong kapankan mak n cium mak..;-(...sebak jugak kejap..lagi2 bila kak gee (kakak HM) connectkan skype dengan kak long (kakak HM) kat Jeddah untuk tengok jenazah mak untuk kali terakhir..Kak Long pun dah balik masa kita balik 14 Feb haritu..tapi memandangkan masalah visa n tiket pun takde (kak long balik sekeluarga berenam) ..kak long terpaksa balik ke Jeddah semula awal..tapi takpelah..tak dapat tengok mak physically tapi dengan teknologi terkini ni, dapat jugak menatap wajah mak untuk kali terakhir (*sedihnya..)...Dapat ar kak long tengok orang solat jenazah, n suasana rumah masa tu..lepas selesai solat jenazah, mak terus dibawa ke kawasan perkuburan dekat2 Kebun Teh, JB..kita tak ikut sbb Azra pun tido..nak bawak budak2 lagi renyah..tunggu kat rumah jek ar..

Yup..seperti yg kita kata kan..semuanya diaturkan Allah..semuanya mudah jek..n malam tu buat kenduri arwah..ayah buat 3 malam..esoknya baru sempat ziarah pusara mak..Al-fatihah untuk mak..Mak sudah berada di alam yg berbeza dengan kita..alhamdulillah, mak dah tak menanggung sakit lagi..tak sanggup lagi nak tengok mak menanggung sakit (mak menghidap cancer)..satu hari nanti kita juga akan ke sana...Moga roh mak ditempatkan dikalangan orang2 beriman..ampunkanlah dosa mak ya allah..

Sedih bila ziarah kubur mak sehari selepas pengkebumian mak..kiteorang pegi pagi..ayra azra pun ikut sama..selain bibik kak long, kak gee, abang hamzah (husband kak gee), Haikal and anak2 kak gee..ayra dok tanya "mana atuk mak"...sedihnya.."atuk mak duduk sini..atuk mak sleep kat dalam tu"..."atuk mak kan haritu au..auu (means sakit)..skrg atuk mak dah baik..dah sleep..atuk mak dah takde.."...sedih sebab masa pagi Khamis masa nak kejutkan Ayra tido sbb nak hantar rumah mama pah, Ayra terus ckp "nak pegi rumah atuk mak.."...berkali2...Jumaat petang masa jemput diaorang pun, dalam kereta Ayra cakap camtu jugak.."nak pergi rumah atuk mak"...hmmm..maybe budak2 boleh rasa yang atuk mak dia akan pergi..;-(...


 kak gee..bibik kak long..tengah baca  yaasin..

 rumah baru mak...KT 7993


 HM n Ayra..sad face..


kawasan perkuburan  keliling kawasan mak ditanam..Al-fatihah..

Thursday, January 26, 2012

Terima Kasih Mak Pah, Mak Pikah

Tahun Baru Cina haritu kan balik Muar. Sempat ziarah kubur mak kat bakri and amik Mak Pah n Mak Pikah (adik2 mak) pegi skali ziarah kubur mak. Kiteorang pegi dengan beberapa budak kecik. So pergi pun tak lama..Budak2 biasalah..tak tahan panas..start meragam lagi..HM pun takde so nak tak nak kene jugak bawak budak2 pegi kubur..Selain daripada tu, Long, Adil, Uda, anak2 long pun ikut skali. Mak Pah n Mak Pikah sempat bawak yaasin n baca kat situ..Terima kasih sudi sedekahkan pahala yaasin kat mak..

Dah bnyk jugak kubur2 baru memenuhi kawasan perkuburan tu. And tanah kubur mak pun tak mendap lagi..maybe dah agak mampat tanah n kayu dalam tanah pun dah mereput. Dah nak dekat 2 tahun dah pun mak pergi (cepatnya masa berlalu).. So far kiteorang takde tanam pepe lagi kat atas kubur mak sebab nak tunggu betul2 tanah mampat. Tapi setelah tengok dah ok haritu, plan nak tanam jugak pokok atas kubur mak. Long kata, kalau kita tanam pokok atas kubur, pokok2 tu akan berzikir dan berdoa kepada Allah untuk ringankan siksa mak kat kubur..So pas ziarah haritu, long petik skit daun pokok ceri n pacakkan kat kubur mak..

Nabi s.a.w melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda:

 
“Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”.

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Lepas kiteorang balik KL, Mak Pikah ada upload gambar kat FB. Rupanya2nya Mak Pah n Mak Pikah ada belikan pokok untuk mak. And diaorang tanam sendiri kat kubur mak. Alhamdulillah..tuhan permudahkan segalanya. Kiteorang plan nak beli kat nursery, tapi cuti pulak masa tu. Pastu bile pulak nak passkan pokok kat org jaga kubur untuk tolong tanamkan. Nasib baik dengan izin allah, ada org yg sedia membantu. Adik beradik mak sendiri..Terima kasih Mak Pah..Mak Pikah..Mak mesti gembira di sana..tulah dia kan..kasih adik2 terhadap kakak...untung mak dapat adik2 yang baik..and untung mak sebab ada adik beradik yg ramai..(tak salah adik beradik mak ada 10 orang)..sebab tulah kita pun kalau boleh nak zuriat ramai2..nanti kita takde, ada jugak anak2 yang mendoakan kesejahteraan kita kat sana nanti..hanya Allah yg mampu membalas jasa Mak Pah n Mak Pikah..*sebak....Gambar2 credit to Mak Pikah..;-)..Al-fatihah untuk mak.."Orang sayang Mak!!"...


 kat kanan tu dahan pokok yg long pacak kat kubur mak cuti haritu..


 batu tanda kat kubur mak..


 Mak Pah rasanya tanam pokok puding..


 korek skit..


Jalil anak Mak Pikah pun tolong sama..thank you..;-)



 hampir siap..;-)


 tudung oren tu Mak Pikah..dua2 adik mak..


 dah siap..alhamdulillah..moga pokok tu dapat tumbuh dengan
 subur dan dapat berzikir untuk mak..Amin..


 Mak Pah n Mak Pikah pas siap tanam pokok,
sedekahkan yaasin pulak kat mak...*sebak..


 pusara mak..



Mak Pah nak balik..Terima kasih Mak Pah..Mak Pikah...


Friday, October 28, 2011

Happy Birthday Ayah!!

Salam Jumaat..Cepatnya masa berlalu..Sedar2 dah lama rupanya mak dah takde.Sedar2 harini harijadi ayah..."Happy Birthday Ayah"..Nothing special..Harini uda keje sampai malam.So rasanya tak sempat nak bawak ayah dinner luar.Maybe Sabtu nk ajak ayah makan luar.Ohh..lupa nak bgtau, ayah lahir pada 28 Oktober 1931.Ye, ayah kita dah 80 tahun.Maybe tak semuda ayah2 korang kat luar sana..Yup, sebab kita anak paling bongsu.Umur kita pun dah 31, jadi ayah for surelah tua kan.Tua macamana pun ayah tetap ayah kita. Org yang paling kita manja masa kecik2 dulu.Mana2 ayah pegi mesti ada kita..walaupun ayah garang, ayah tetap syg kiteorang semua adik beradik.


[gambar raya...ayah ngan mak..rindu..;-(...]

Teringat dulu..

Ayah suka betul dengan budak2..suka bagi duit atau belanja aiskrim kat budak2 yg lalu lalang depan rumah.Suka ajak anak2 jiran yg lelaki ikut ayah pegi solat jumaat..balik dari solat dapat duit n aiskrim sorang sebatang..;-)..Rindu masa tu..

Suka sgt bila ayah cium kat kepala..Ye..ayah suka buat camtu.Sekarang pun kita buat camtu kat Ayra n Azra..itukan tanda syg..

Ada ke yg kita mintak pernah tak dapat??Lagi ar anak bongsu..Ayah tak pernah kata tak..ayah tak pernah hampakan harapan org lain...

Lepas ayah dah sakit..rindu betul nak dengar suara ayah.Tapi apa yang tuhan buat ada hikmahnya.Kalau ayah tak sakit, mungkin anak2 semua jarang balik kampung..Kalau ayah tak sakit, mungkin anak2 tak rapat ngan ayah..Kalau ayah tak sakit, anak2 mesti tak tau macamana nak uruskan orang sakit n orang tua..Kalau ayah tak sakit, mesti anak2 tak berapa hargai ayah..Kalau ayah tak sakit, hal ayah mesti anak2 tak berapa amik pusing (sbb tau ayah sihat)..

Alhamdulillah..mungkin tuhan nak bagi ayah pahala dengan penyakit ni...mungkin juga tuhan nak bagi anak2 pahala..ini jeklah masanya nk buat bakti kat ayah.Mak pun dah takde..Bahagian masing2 kan..Bukan mengeluh..

Terfikir jugak kawan2 kat luar sana yg ada mak ayah yg sihat.Tak perlu risau n balik tiap2 minggu sbb mak ayah masih muda, kuat n tak perlu sgt nk bagi extra attention.Perasan jugak ada kawan2 yg boleh senang2 pegi bercuti..pegi bergembira dengan kawan2..buat aktiviti luar tanpa ada komitmen atau risau pasal mak ayah yang sakit..yang perlukan perhatian kita..Kita pun selama ni kalau nak keluar, nk pegi mana2 pikir balik mak ayah..kalau nk keluar pun tak pegi jauh2. And kalau korang perasan, kita pun tak bersosial walaupun hati teringin sgt (nk jumpa member blogger, kawan2 lama..)..tapi apakan daya mak ayah priority kita..Bertuah kan korang sbb takde sebarang komitmen?Tapi kita pun bertuah, sbb puas dapat menjaga n mengadap mak ayah depan mata..Korang yg ada mak ayah sihat blum tentu dapat jaga diaorang bila sakit..mungkin tak sempat n mak ayah korang terus meninggal dunia..sape tahu kan?

Macam arwah mak dulu..Walaupun tak dapat sepenuhnya (sbb komitment kerja), ada kalanya cabut2 balik jugak kalau ada hal kat rumah..so far rasa puas dah bela mak walaupun tak lama..puas dah jaga berak kencing mak..tukar pampers..mandikan mak..dengar keluh kesah mak..kejar2 dengan kerja sbb nk tengok mak kat hospital..tapi Udalah paling bnyk berjasa kat mak..and skrg kat ayah..(moga tuhan dapat membalas)..

Bila mak dah takde, jadi satu amanah pula sbb tanggungjawab menjaga ayah terletak pada kiteorang semua adik beradik..Alhamdulillah, terkawal walaupun ada kalanya ada cacat cela skit..Bukan senang nak jaga org tua ni..Tapi tiap2 hari berdoa agak kiteorang semua adik beradik diberikan kekuatan untuk menjaga ayah.."Ayah, ampun kalau tak dpt berikan yg terbaik macam apa yg mak buat kat ayah.."

Melalut2 pulak kita ni kan..kepada korang kat luar sana, jgn terasa pulak.Apa yg kita nak sampaikan ni just nak ingatkan diri sendiri jek..Sayangi dan hargailah mak ayah kita selagi ada..Kalau diaorang masih muda atau masih sihat, tanya2lah khabar..Rajin2 call, balik kampung selalu..Satu hari nanti kita pun akan tua jugak.Mesti sedih kalau anak2 yg kita tatang macam minyak yg penuh tak amik pedulik sgt kat kita bila kita tua nanti..Ada jugak sesetengah org sayang kat mak, tapi tak sayang kat ayah..or sayang kat ayah tapi tak sayang kat mak..tak boleh camtu..buruk baik pun diaorang mak ayah kita..Dosa besar kita kalau abaikan diaorang..

Untuk ayah..selamat ulang tahun..Moga ayah sentiasa sihat, panjang umur,dimurahkan rezeki, ditetapkan iman..bahagia dunia dan akhirat..n dapat jumpa mak kat syurga nanti insyaallah.Amin..;-)

Monday, August 1, 2011

Yok Balik Muo!!

Last week (Sabtu) balik Muar sat.Isnin dah start puasa, so umah kenelah kemas skit2 mana yang patut.Balik pun Sabtu petang..Ahad dah balik KL..Sempat jugak balik tengok kubur mak.Orang tukang kubur tu dah buat kepuk pakai batu bata kat kubur mak..Pastu singgah rumah Mak Pah jap..Mak Pah adik arwah mak.Rumah mak pah duduk pun asalnya rumah atuk kita dulu (yang kita panggil bapak tua ngan mak tua)..so kira cam balik rumah atuklah walaupun atuk dah lama takde..

Langkah kanan jugaklah pegi rumah mak pah sebab mak pah buat kuih apam homemade yek.Siap kelapa pun panjat sendiri petik blakang rumah..hehehe..Dapat jumpa mak pikah, ayah nor, niti ngan maryam n farah (dua2 baby niti lebih kurang baya azra ngan ayra)..Dapat rambutan petik sendiri blakang rumah mak pah lagi..hehehe..So seperti biasa, orang bando balik kampung, amiklah gambar apa2 yang patut buat tatapan korang..hehe..Tak sabar nak balik raya..weee!!!

 haaa..kan ok skit kubur mak..

 guna batu bata jek dulu..nanti tanah dah betul2 mampat boleh buat kepuk cam jiran sebelah mak..

 no rumah mak..:-)

 ayra sibuk buang pasir kat sandal dia..isk...kepoh tul..

 view tanah perkuburan batu 6 bakri Muar

 goodbye..

 ichi sibuk memetik rambutan..

 tingginya..

 yumm...yummm..

 mak pah tengah kupas kelapa..

 huaaa..pokok cili blakang rumah...bestnya..

 pokok limau kasturi..

 pokok keladi..

 pokok kacang botol..isk..bestnya..


 tengah buang semut kat rambutan..

 tengah tunjuk lembu kat ayra..

 yeah..parut sendirik yek..

 ayah nor..:-)...Abe wey..wey..hehe..

 Azra sibuk main walker farah

 wah..apam dah siap..

 karipap..sluurrpp..

 kelapa buat sendirik tau..

 farah anak niti..hehe..sebaya Azra..beza 6 hari jek..farah lahir 5 haribulan..

fuhhh..apam mak pah terbaik..

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum..Alhamdulillah ya Allah.Masih lagi berpeluang bertemu Ramadhan tahun ni.Harini 1 Ramadhan..Happy sangat sebab bulan Ramadhan kan bulan nk kumpul pahala..bulan beramal..Harap tahun ni dapat khatam al-quran. Lagipun haritu kan beli al-quran dengan pen digital..wah, lagi bersemangat ar nak membaca..:-).Harap dapat buat solat tarawih tanpa gangguan Ayra n Azra..moga dipermudahkan segalanya oleh Allah..Amin..

Sambil2 pikir ..eh, cepat jek dah masuk bulan puasa kan.Tiba2 hati rasa sayu jek..:-(..Teringat arwah mak.Mak meninggal last year..hari pertama puasa petang tu dah masuk hospital.And hari raya pertama dah kembali menghadapNya..Tahun ni kira tahun ke 2 lah beraya tanpa mak..Rindu sangat kat mak..tak puas lagi dengan mak tau2 mak dah takde..

So azam bulan Ramadhan tahun ni..Nak cuba solat tarawih cukup sampai akhirnya..Nak khatam al-quran..:-)..Al-fatihah buat mak..
masa birthday mak tahun 2009

 
masa mak kat kat ICU kat KBMC...:-(

 
nama mak kat white board HKL..last place before mak pergi untuk selamanya..:-(

 
sempat amik gambar mak masa hari last mak keluar hospital..
before beberapa hari nak raya..

 
pullchair mak yang kiteorang belikan.sempat merasa sekali jek..:-(

 

al-fatihah..

Tuesday, July 19, 2011

Happy 3rd Anniversary

Assalamualaikum..Hari yang agak baik..;-)...Alhamdulillah..Harini 19 Julai..3 tahun lepas, pada hari yang sama..dalam jam 10.30pagi..kita selamat diijabkabulkan dengan HM (sekali jek tau) dengan mas kawin RM22.50 tunai..hehe...and hantaran masa tu RM8,000...bila pikir balik time tu, cam tak percaya jek nak kawin dah. Alhamdulillah..jodoh kami panjang..kawan dalam tahun 2000..kawin tahun 2008..Dalam masa kawan, kita sempat habiskan blajar, further Master lagi n then kawin..


fuuhhh..miss those days..;-)..masa outdoor photoshoot..

Lepas kawin, dlm bulan ke 3 camtu sah positive mengandungkan Ayra..Alhamdulillah..tuhan permudahkan semuanya.Bersalinkan Ayra pun mudah..normal..kejap jek..And after few month bila Ayra reached 1 year old..kita sah positive lagi mengandungkan Azra..time tu tau2 jek dah 2 bulan pregnant..Tak sangka but alhamdulillah, tuhan mendengar..Niat di hati tunggu Ayra dah setahun lebih camtu, bolehlah tambah baby baru lagi.Lagipun bersalin normal.So takde masalah nak mengandung dengan jarak yang dekat..:-)...Mungkin ada yang kata kesian Ayra kecik2 dah dapat adik..But pada kita, biar susah2 dulu..susah one shot..Memang kalau boleh nak anak ramai2..dalam masa terdekat sebelum tua..Nanti dah tua tak larat dah nak layan anak kecik2, nak mengandung n beranak lagi..Tak taulah bila nak plan for the 3rd one..hehe..so far, kiteorang takde plan2 ni..plan2 camgitu jeklah..paling2 cepat pun cam biasalah, bila Azra dah boleh jalan atau sampai umur 1 tahun..tak pun besar skit..berangan nak dapat baby twins/triplets pulak..And kalau dapat boy pulak mesti best..tapi tu semua urusan Allah..kita manusia ni hanya merancang..Tapi kalau nak twins karang kene operate pulak perut.."errrrkkk"...my niece cakap, kalau keadaan ok, takde complication apa2, normal pun takde masalah..hmm..lega skit..hehe..but anyway, who knows kita boleh pregnant twins n normal delivery..fuhh..amin..Doa2kan sajelah..Takde any target nak berapa anak..but paling2 sikit pun 5..uhukk..:-p..Tu jeklah harta paling berharga di dunia ni..kalau ada seketul, nanti kita mati, takde sape pulak nak doakan...Moga2 apa yang diharapkan dimakbulkan tuhan..Mana yang baik, moga tuhan permudahkan..Mana yang tak elok, moga dijauhkan..Walaupun plan nak anak ramai2, walaupun HM cam ala2 pening, but I know he's ok..HM ayah yang baik.."Mama knows Ayra and Azra love u so much.."...Mama loves u too..:-)..."

 masa reception kat JB with Amin dan Kina..

my lovely precious..Ayra dan Azra

 

So sempena anniversary kita harini, .."Happy 3rd Anniversary sayang..Anyway, present dah dapat in advance..(Jam tangan toywatch)..thanks so much..terima kasih kerana memahami, sabar dan sama2 menempuhi semuanya bersama2..Moga ikatan kita kuat, kerana Allah taala. dilimpahkan rezeki,dikurniakan zuriat yang sihat, soleh dan solehah.. ditetapkan iman...kekal sehingga hujung nyawa..love u sayang".....

my anniversary present from HM..TW..:-)


love this pictures..rindu kat arwah mak...:-(...Al-fatihah..