Monday, October 31, 2011

Ayra Hilang??

Assalamualaikum..Selamat hari Isnin..;-)..banyak benda nak cite sebenarnya tapi disebabkan takde gambar, cam malas nak cite (boleh gitu??)..Last week berhujung minggu dengan family jek.Jumaat kan birthday ayah..adalah beli kek untuk ayah nk makan2 skit.And smlm pun ada keluar jap g Mid Valley ngan HM plus budak berdua tu..;-)..

First kedai yg mama diaorang seronok nak serbu ialah kedai BUKU..hehe..bukan muka buku yek..Ni kedai buku MPH..sape yg dah pegi sana sure tau betapa boleh tahan besarnya kedai MPH kat MV tu.So tujuan utama nak cari buku nak baca..more to non-fiction book..ada buku agama, buku motivasi, buku pasal anak2, buku pasal solat..fuhh..berpinar mata tengok semua buku tu..iskk..

Mula2 bawak Ayra kat tempat kanak2, bnyk buku kat situ...Ayra pun excited..Azra dok dalam stroller ngan HM..Ayra as usual ar, setiap pelusuk kedai tu dia nak belek (macam mama dia..:-p)..so bila dah abis belek, mama dia pegi balik area buku untuk mama dia plak nak beli..time tu HM ada sama..Ayra main lari sana lari sini sambil cak2..kakak kecik ni kalau dah terlepas bukan boleh control. Kene follow jek mana dia pegi..Tengah2 HM n mama sibuk belek buku, mama still toleh kelibat Ayra..oklah..dengan  HM..so mama pun pegi bahagian sebelah lagi..tiba2 HM..."mana Ayra??"....kita pun.."kan dengan sayang"...ok..good..Ayra dah hilang..Adoi.Dahlah budak tu kemetot..dengan MPH tu besar lagi..bape bnyk rak kene jenguk satu2..adoi...(risau..risau..)..still lagi control emosi sambil HM cari blah sana, mama cari blah sini..penujuk arah..Ayra pakai baju hijau harini..tak lama pastu jumpa anak dara tu..tau tak kat mana..kat tengah2 MPH tu ada cam tempat lapang org baca2 buku n ada cam water fountain kat tengah tu..Ayra ada kat situ tengok tengok dalam air..Fuhhh..mengucap panjang kejap..Haish..lain kali kene ikat kat stroller atau dukung ar kalau nak pegi book store..Hilang mood mama dia jap nak shopping buku..;-(..nasib baik takde pepe..

Moral of the story...tambat anak kalau nk bershopping..iskk.:-p..nanti hilang, nangis tak berlagu nanti..So hasil tangkapan??Tak bnyk, yelah hati pun dah tak happy lepas tu..so dapat tangkap satu buku jek..."Tarbiah anak-anak dengan zikir dan doa"...moga anak2 mama jadi anak yg soleh/solehah..senang diajar, bijak..taat pada allah, mama dan ayah..Amin..

PS://Lepas dari tu pusing2 The Gardens, Jusco, Ayra poopoo..Azra pulak poopoo..break solat..makan nk balik..what a day..(sambil lap peluh kat dahi)..

inilah bukunya...mama diaorang siap dah tanda mana2 bahagian yg penting untuk baca..;-)

Friday, October 28, 2011

Happy Birthday Ayah!!

Salam Jumaat..Cepatnya masa berlalu..Sedar2 dah lama rupanya mak dah takde.Sedar2 harini harijadi ayah..."Happy Birthday Ayah"..Nothing special..Harini uda keje sampai malam.So rasanya tak sempat nak bawak ayah dinner luar.Maybe Sabtu nk ajak ayah makan luar.Ohh..lupa nak bgtau, ayah lahir pada 28 Oktober 1931.Ye, ayah kita dah 80 tahun.Maybe tak semuda ayah2 korang kat luar sana..Yup, sebab kita anak paling bongsu.Umur kita pun dah 31, jadi ayah for surelah tua kan.Tua macamana pun ayah tetap ayah kita. Org yang paling kita manja masa kecik2 dulu.Mana2 ayah pegi mesti ada kita..walaupun ayah garang, ayah tetap syg kiteorang semua adik beradik.


[gambar raya...ayah ngan mak..rindu..;-(...]

Teringat dulu..

Ayah suka betul dengan budak2..suka bagi duit atau belanja aiskrim kat budak2 yg lalu lalang depan rumah.Suka ajak anak2 jiran yg lelaki ikut ayah pegi solat jumaat..balik dari solat dapat duit n aiskrim sorang sebatang..;-)..Rindu masa tu..

Suka sgt bila ayah cium kat kepala..Ye..ayah suka buat camtu.Sekarang pun kita buat camtu kat Ayra n Azra..itukan tanda syg..

Ada ke yg kita mintak pernah tak dapat??Lagi ar anak bongsu..Ayah tak pernah kata tak..ayah tak pernah hampakan harapan org lain...

Lepas ayah dah sakit..rindu betul nak dengar suara ayah.Tapi apa yang tuhan buat ada hikmahnya.Kalau ayah tak sakit, mungkin anak2 semua jarang balik kampung..Kalau ayah tak sakit, mungkin anak2 tak rapat ngan ayah..Kalau ayah tak sakit, anak2 mesti tak tau macamana nak uruskan orang sakit n orang tua..Kalau ayah tak sakit, mesti anak2 tak berapa hargai ayah..Kalau ayah tak sakit, hal ayah mesti anak2 tak berapa amik pusing (sbb tau ayah sihat)..

Alhamdulillah..mungkin tuhan nak bagi ayah pahala dengan penyakit ni...mungkin juga tuhan nak bagi anak2 pahala..ini jeklah masanya nk buat bakti kat ayah.Mak pun dah takde..Bahagian masing2 kan..Bukan mengeluh..

Terfikir jugak kawan2 kat luar sana yg ada mak ayah yg sihat.Tak perlu risau n balik tiap2 minggu sbb mak ayah masih muda, kuat n tak perlu sgt nk bagi extra attention.Perasan jugak ada kawan2 yg boleh senang2 pegi bercuti..pegi bergembira dengan kawan2..buat aktiviti luar tanpa ada komitmen atau risau pasal mak ayah yang sakit..yang perlukan perhatian kita..Kita pun selama ni kalau nak keluar, nk pegi mana2 pikir balik mak ayah..kalau nk keluar pun tak pegi jauh2. And kalau korang perasan, kita pun tak bersosial walaupun hati teringin sgt (nk jumpa member blogger, kawan2 lama..)..tapi apakan daya mak ayah priority kita..Bertuah kan korang sbb takde sebarang komitmen?Tapi kita pun bertuah, sbb puas dapat menjaga n mengadap mak ayah depan mata..Korang yg ada mak ayah sihat blum tentu dapat jaga diaorang bila sakit..mungkin tak sempat n mak ayah korang terus meninggal dunia..sape tahu kan?

Macam arwah mak dulu..Walaupun tak dapat sepenuhnya (sbb komitment kerja), ada kalanya cabut2 balik jugak kalau ada hal kat rumah..so far rasa puas dah bela mak walaupun tak lama..puas dah jaga berak kencing mak..tukar pampers..mandikan mak..dengar keluh kesah mak..kejar2 dengan kerja sbb nk tengok mak kat hospital..tapi Udalah paling bnyk berjasa kat mak..and skrg kat ayah..(moga tuhan dapat membalas)..

Bila mak dah takde, jadi satu amanah pula sbb tanggungjawab menjaga ayah terletak pada kiteorang semua adik beradik..Alhamdulillah, terkawal walaupun ada kalanya ada cacat cela skit..Bukan senang nak jaga org tua ni..Tapi tiap2 hari berdoa agak kiteorang semua adik beradik diberikan kekuatan untuk menjaga ayah.."Ayah, ampun kalau tak dpt berikan yg terbaik macam apa yg mak buat kat ayah.."

Melalut2 pulak kita ni kan..kepada korang kat luar sana, jgn terasa pulak.Apa yg kita nak sampaikan ni just nak ingatkan diri sendiri jek..Sayangi dan hargailah mak ayah kita selagi ada..Kalau diaorang masih muda atau masih sihat, tanya2lah khabar..Rajin2 call, balik kampung selalu..Satu hari nanti kita pun akan tua jugak.Mesti sedih kalau anak2 yg kita tatang macam minyak yg penuh tak amik pedulik sgt kat kita bila kita tua nanti..Ada jugak sesetengah org sayang kat mak, tapi tak sayang kat ayah..or sayang kat ayah tapi tak sayang kat mak..tak boleh camtu..buruk baik pun diaorang mak ayah kita..Dosa besar kita kalau abaikan diaorang..

Untuk ayah..selamat ulang tahun..Moga ayah sentiasa sihat, panjang umur,dimurahkan rezeki, ditetapkan iman..bahagia dunia dan akhirat..n dapat jumpa mak kat syurga nanti insyaallah.Amin..;-)

Thursday, October 27, 2011

Hati-Hati Dapatkan Susu Derma??

[paper BH sisipan Ratu harini..]

Fine.Belum lagi habis cite pasal isu "pemerdagangan susu" kat BH haritu, harini 27/10/11-Khamis dalam sisipan Ratu, Berita Harian keluar lagi isu yg lebih kurang sama.Rasanya cam rentetan dari isu haritu.And topiknya ialah pasal hati2 dapatkan susu derma.So sape nak dapatkan berita lebih lanjut, sila dapatkan Berita  Harian harini yek sbb google online takde pulak..maybe later adalah tu nanti kita linkkan..

Hhm..antara 1 isi yang boleh kita buat dari artikel ni ialah:-

"Dlm konteks Islam, mengetahui maklumat penderma dan penerima penting supaya masing-masing tahu dengan siapa mereka bersaudara susuan, kelak tidak timbul isu kekeliruan dari segi mahram."-Ratu, BH

Tapi tak berapa sukalah baca statement Nor Kamariah, Pengurus Projek, Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (MBFPC) antara faktor lambakan susu perahan itu ialah disebabkan ibu seakan2 berlumba2 untuk melihat siapa dapat mengumpul paling banyak susu..tak taulah kalau ada ibu2 kat luar sana camtu.Tapi rasanya, termasuk diri kita sendiri..menyediakan stok susu yg cukup kat dlm fridge untuk baby kita sudah memadai.Tapi biasalah kalau tengok cam skit panic ar kalau susu dlm fridge makin kurang.Tu yang berusaha at least bagi cukup stok dlm fridge tu. And bila anak tu makin besar, makin kerap minum so makin bnyklah kiub susu yg kene kita sediakan (tapi ada jugak anak2 yg makin kurang susu bila dah besar). Takde pun niat nak berlumba2 sape punya stok lagi bnyk..lain anak lain keperluannya. And macam kita skrg ni pun, everyday pump pun sekali jek sehari sebanyak 12oz jek. Tu pun macam tak berapa luak dah susu dlm fridge tu sbb Azra dah makan makanan pejal n tak suka sgt minum EBM (sebab rasa peti ais kot)..and kita pun dah takde kerap pam 2-3 kali sehari macam awal2 dulu. Kalau still lagi pam bnyk kali, tah2 bnyk susu kene buang sbb tak luak..;-(...Kira pam sbb tak nak ar susu lama2 takde and nak elak leaking or baju basah masa kat office..:-p

Rasanya ibu2 kat luar sana dah boleh control demand n supply..bila baby dah kurang susu, kita pun boleh kurang pam..so stok pun kurang skit ar..Jadi tak ar membazir sgt..Tapi alhamdulillah, Azra kita paksa jugak minum EBM kat rumah bbsitter..sayang membazir..penat pam..hehehe..

So nasihat kat kawan2 kat luar sana (ada ke yg nak baca ni..:-p)..semuanya bergantung kat kita.Macamana kita kawal semua ni. Kita haritu pun panic sat sbb susu tak cukup..skrg dah cukup, tak laku pulak..:-p..Haritu ada niat jugak nak cari anak susuan.HM pun ok jek pasal tu..Tapi tiba2 bbsitter suruh jugak bawak stok susu untuk Azra..(tarik nafas lega)..yelah, haritu babysitter ckp Azra cam tak suka dah minum..n tu cam signal suruh jgn hantar lagi EBM..;-(..tapi bila babysitter suruh bawak jek, lega balik..hopefully dapat jugaklah paksa Azra habiskan..tak sampai hati nak buang susu tu.Nanti nangis mama dia ni plak..;-(..walaupun stok takdelah melambak or melimpah cam orang lain, but susu tetap susu.Tenaga, usaha, masa semuanya bagi kat situ..kalau tengah pam tertumpah susu pun rasa cam nak jerit jek..lagi ar nak buang gitu jek susu yg dah melimpah ruah tu..agak2, kalau takde jalan lain n susu tak expired lagi, bolehlah cari sape2 yg nk..especially kita2 ni k..;-)...


[gambar credit to BH]

Kepada ibu2 kat luar sana..Teruskan usaha anda dalam menyusui anak2 anda..;-)..GO BREASTFEEDING!!

SuPeR DooPeR KaWAii MoMMy & LiL' OnEs: *Booo Berita Harian! Ibu2 Menyusu Bertindak!*

SuPeR DooPeR KaWAii MoMMy and LiL' OnEs: *Booo Berita Harian! Ibu2 Menyusu Bertindak!*: Panas dan terguris hati ibu2 menyusu Malaysia dengan artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian, sisipan Ratu pada 14 Okt 2011 lalu. Artikel...

Perasan jugak about this article kat BH pasal "pemerdagangan susu" oleh ibu2 kat Malaysia ni..Hot tau!!..lagi tak boleh terima bila statement "percayakah perahan susu badan wanita berlambak di pasaran dan kini dijual di Internet??"...eh hello.ingat ni apa..business ke??Nak bagi susu kat anak org lain pun dlm Islam kene mintak izin suami..Sebab nanti anak susuan tu dah jadi cam anak kita sendiri..and most of mothers out there n dlm konteks ibu2 kat Malaysia ni mana ada memperdagangkan susu diaorang..semuanya free of charge..hanya memberikannya secara percuma + kasih sayang..itu jek..hal sharing susu dengan baby2 yg lain selalunya terjadi bila ibu tu rezeki melimpah..susu terlebih, tak muat fridge..n sayang kalau terbuang..jadi sedekahkanlah kepada baby2 yg memerlukan..Itu saja niatnya..Tiada yang lain.Tapi rasanya writer BH ni tak buat homework.Sebab tu terhasilnya article diaorang yg tak berapa nk bijak ni.Geram betul..Geram macam mommy super duper kawaii jugak..so korang boleh click kat link untuk baca n3 daripada Nurul pasal issue ni..

NOTE:Kalau sape2 berhajat nak amik susu dari ibu2 yg lain untuk anak2 korang, lagi AFDAL kalau ianya adalah dikalangan kawan2 rapat korang, org2 yg korang kenal n tau asal usul diaorang..sebab nantikan dah jadi adik beradik susuan..n kebersihan dan kesucian susu tu pun tak ar diragui (takut mak bapak tu ada AIDS ke, sakit2 yg tak elok ke, keturunan yg tak baik ke)...n kalau Islam, patutnya dari susu ibu2 Islam juga..;-)

Monday, October 24, 2011

Longchamp Stripe Macam Cunlah Pulak


Errrkk!!Saje cuci2 mata kat Princess Vitoria's Stylo Closet..Tiba2 ternampak design baru Longchamp..ihii..takde, tengok2 jek.Bukan nak beli..:-p

Monday, October 17, 2011

Solat Sunat Duha/Dhuha

Assalamualaikum..Alhamdulillah.Masih lagi bernafas n diizinkan Allah untuk meneruskan hidup. So harini nak cite pasal Solat Duha plak.Kepada sesiapa yg biasa buat, alhamdulillah. Kepada yg blum cuba, jom kita buat. Solat ni paling ringkas boleh buat..2 rakaat jek and maksimum 12 rakaat. Dilakukan dlm jam 8.00pagi sampai 12 lebih tgh hari camtu..Kira2 20 minit lepas matahari terbit sehingga sebelum menjelang Zohor. Bacaan macam biasa just niatnya:


أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ



Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Lepas selesai solat, boleh tasbih 10 x...


سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ



"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Lepas tu boleh baca doa:

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ



"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.

Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,

kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Fadhilat Solat Sunat Duha/Dhuha (credit to Blog Ustazah Azimah):-

Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Mohd saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:

1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan

2. Shalat Dhuha

3. Solat sunat Witir sebelum tidur

Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.


Hadis ketiga: Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.


Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Wednesday, October 12, 2011

Plan Yang Tak Diplan

Semalam tak plan pun nak keluar lepas balik keje.HM ajak g Mid Valley jap..g Blue Cube (Celcom).So lepas solat maghrib, berdezup kiteorang gerak g MV.So tujuannya satu jek.Nak pegi Blue Cube, so lepas dah tengok2 n tanya2 apa yg patut kat Blue Cube tu terus tak tau nak pegi mana (boleh??)..MV punyalah besar, takde nafsu pun nak ronda2 kedai lain..Pelik betul kan??Hehe..maybe letih kut baru balik keje.Rushing g MV.Tu yang takde nafsu nak ronda kedai2 lain.Ayra dah sibuk tunjuk2 kedai KFC, McD, etc.."mamam..mamam.."...tu lapar ar maknanya..So ingatkan nak makan kat 1901 hotdog..last2 makan kat Dominos Pizza jek..Lepas makan2 terus balik..Fuhh..letih.Jom tengok gambar plak..Ni amik gambar pun guna hp jek..:-p

 yeah..kakak happy akhirnya dapat g mamam..:-p

 azra nape wat muka camtu??

 my girls..;-)

 cantik betul gambar pizza kat wall Dominos ni..nampak lazat..yummey!!

 classic Extravaganza n thin crust spicy sambal..sslluurrpp..

 wah..coleslaw pun ada..

and soup..hmm..chicken soup rasanya..(rasa tak macam mushroom)..

Monday, October 10, 2011

Nak Jugak..Nak Jugak!!

Assalamualaikum..sebenarnya semenjak dua menjak ni memang rajin nk jenguk2 IKEA online. Kan nanti nak pindah rumah baru, so berangan ar nak idea2 cantik, barang2 best kat IKEA tu..walaupun takdelah pandai hias2 rumah ni, tapi nak berangan kan..apa salahnya..:-p..tengah dok2 sibuk tengok catalog, pikir nak beli drawer apa untuk bilik, katil camne, almari camne, katil camne untuk bilik Ayra n Azra,ternampak plak benda alah yg comel gile ni..Barang yg memang menjadi idaman semua pempuan masa kecik2 ar..hehehe..Ada perasan gak n3 kakak hanis,iza nama dia dlm blog "pinkstilettos" ada gak cite pasal barang ni..;-)..kebetulan pulak kan..tapi takpelah, rasanya semua org pun sure suka kalau kita bgtau apa bendanya..

Hehehe..takde apa nak rahsia..sebenarnya benda yg kita maksudkan tu ialah set masak2 budak2 kat IKEA..serious cute gile..Meronta2 hati nak beli untuk Ayra n Azra..Mesti best boleh main masak2 nanti.Silap2 mama dia pun join skali..:-p..Yelah,dulu masa kecik2 sibuk songlap barang2 mak kat dapur sbb nak main masak2..yelah,dulu mana ada toys masak2 tu..lepas dah beberapa zaman, baru wujud benda2 camtu (alat2 masak2)..tu pun yg jenis plastik warna warni tu..tu tak cun sangat..heehehe..latest..yg IKEA punya, lagi nampak real..siap dengan set dapur, oven, sink, microwave bagai..gile best..Ni boleh masuk wish list..:-p

gile comel set dapur,sink ni kan??

set buat2 kuih..wah..

set masak2...bestnya..!!!

set ice cream, cake, pie tipu2..comel gile..

katil anak patung..boleh gitu??

set sayur-sayuran olok2..comel...


set dapur siap dengan microwave lagi..

Friday, October 7, 2011

Potluck Bertiga

Uhuhu..ni sebenarnya benda dah lama..about seminggu lepas.Kiteorang saje jek buat makan2.Kiteorang kan bertiga jek kat library ni.Nak tutup library n buat jamuan jangan mimpi ar.So end up buat kat dlm bilik kita jek ar.Maklumlah, tengok semua org keje gomen, keje tempat besar2 sibuk buat makan2 sempena raya..kiteorang pun nak ar jugak..."kan Shida...kan Syar"..so masing2 bawaklah makanan masing2.Kita sempat jugaklah masak skit spaghetti..

So jamuan tak berapa rasmi kiteorang ni berlangsung satu hari bekerja..Kiteorang buat masa last day of ramadhan..huauahahahah..sesuka hati mak bapak kiteorang jek kan.."apa aku pedulik!!"...kiteorang buat makan2 pun sambil buat keje..bila takde student, sambung balik makan..tu yg makan satu hari tu..kiteorang pun selama ni mana ada keluar satu jam g lunch cam org lain.Keluar sat tapau makanan, makan dlm library.Solat & pam pun kat dlm bilik sendiri.Just Syar n Shida jeklah balik bilik n g surau untuk solat.Yelah, dengan staff yg tiga ketul ni, n library pun memang kene bukak mana ar boleh tinggal bongkang gitu jek kan..

So maknanya nanti agak2 ada tak jamuan untuk Hari Raya Aidiladha tak??Hehehe..kene tanya ahli2 majlis tertinggi ni..:-p..So marilah kite enjoy santapan kiteorang sempena jamuan Hari Raya ni yek..


[ beria betul syar tuang air.penuh expresi..hahaha..shida ngap dengan penuh sopan yek..]

 [makanan pertama:Nasi Lemak...uhuk2..penajanya shida ]

 [ye seperti biasa..kene tunjukkan ekspresi "lihat hot dog berbunga itu"...uhuhu..]

[ fruit salad..yummy...ditaja oleh puan sri syar]

 [kuih Malaysia mari..ditaja oleh dato' shida]

 [tuna sandwich..ditaja oleh puan sri syar]

 [sosej berbunger..ditaja oleh puan sri syar jugak..toce..toce..]

 [yeah..itu dia makanan jamuan raya kiteorang yg tak seberapa ini yek..]

 [kuah spaghetti..oohhh..itu Dato' Sri Aribah yg sponsor ye..:-p]

 [sandwich sodip..]

 [kek batik dato' shida yg sponsor tapi kakak dia yg buat ye..harap maklum..:-p]

[there u go..finished..buuurrrppp..excuse me..hehe..]

Motivasi Diri

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud;




“Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok”

Salam Jumaat..Saje jek nak amik mood..daripada sabda Nabi Muhammad kat atas tu..Oleh itu, janganlah malas2 bekerja yek..Bekerja pun ibadah..sebab tu nabi pun pesan camtu..Baik kan Allah..kita bekerja pun dapat pahala bila kita berniat kerana Allah..Nabi Muhammad s.a.w. pun tak kata kene beribadah tanpa melakukan kerja lain..ianya perlulah seimbang dalam melakukan urusan dunia dan akhirat..Selamat beramal..;-)


gambar hiasan hasil google..

Thursday, October 6, 2011

Kad Kawin Nabil Raja Lawak Buatan Jamil..;-)

Bravolah kawankuh!!Ko memang ohsem(awesome) ar Mil..Nasib baik aku dah kawin, kalau tak, nak jugak design kad kawin yg meletups cam ko buat untuk artis2 ni..

“Kad Lestari bersyukur apabila dipilih oleh pasangan Nabil & Zira sebagai pereka kreatif untuk kad kahwin yang unik ini. Apa yang unik? Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti,” kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari.

“Atas kepercayaan yang diberikan oleh Nabil & pihak Festival Pengantin, pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan ‘edisi resepsi’ sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku.”

“Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras,” jelas Jamil lagi.

[quote kata2 Jamil from Oh Bulan]


Wah..meletup kau ..Siap cari artis karikatur nak lukis gambar Nabil n Zira lagi..Takmo komen bnyk, sape yg suka silalah jumpa Jamil..Dah macam2 jenis kad kawin dia jual..keje bagus tak salah kalau nak promote kat org kan??

Jom enjoy gambar2 kad kawin nabil daripada Kadlestari.com..;-)..And kepada Nabil n Zira..selamat pengantin baru..sorrylah lambat skit entry ni keluar..pengantin dah selamat kawin dah pun..huhuhu..tapi belum sebulan lagi, so kira baru ar kan..hehehe..










Gambar credit to Kadlestari.com

Bilalah Nak Buat Puding Kastard Berkuah ni??

Siap jadi n3 kat blog lagi ek..huh.Memang kes busy memanjang lately.Rasanya last week dah beli barang2 nak buat puding kastard tapi smpai skrg takleh nak buat lagi.Balik rumah masak untuk dinner pun Azra ngan Azra dah terjerit2 nak mama dia.So masak pun paling lama untuk dinner jeklah.Lepas dari tu memang jgn mimpilah dapat nak masak puding ni..Haishh...Plan nak buat skit n boleh bawak office untuk makan2 (haritu ada buat makan2 skit.Nanti update next n3.tak sempat nak upload gambar)..tapi sempat masak spaghetti jek..Hmm..Sedapnya!!!Nak puding..!Harap dapat masak dengan aman Sabtu ni..Sape2 yg rajin n ada masa nak buat, bolehlah tengok resepi ni kat SitiDelima..

gambar source Dari Dapur CT..tq..;-)

Wednesday, October 5, 2011

Semak Gaji Minimum di Malaysia

Assalamualaikum.Tak sempat lagi nak update sbb sibuk skit dua tiga menjak ni. Sibuk2 tapi nak jugak cite pasal issue baru2 ni... dengar cite kerajaan nak semak balik gaji minimum pekerja kat Malaysia ni terutama kakitangan awam.Bagus memang baguslah sbb skrg ni beli apa pun tak cukup.

Ingat dulu masa kat office lama, ada sorang staff tu gaji dlm $700+..lelaki pulak tu.Tak boleh nak bayangkan camne dia survive.Rasa cam kesiannya kat orang tu.Tapi tak taulah kalau dia ada buat 2 keje dalam satu masa..After office hour dia keje tempat lain pulak ke..Tapi still cam tak patutlah kan..takkanlah nak keje 24/7 kan..Kalau tolak EPF + Socso, tinggal bape sen jek.Adoi!



Niat murni kerajaan nak meringankan beban pekerja terutama yg bergaji bawah $1k memang bagus.Tapi ada satu jek persoalan kita kat sini..Government sibuk nak semak balik gaji minimum pekerja yg gaji bawak $1k, tapi macamana pulak kepada pekerja professional & pengurusan??Senang cite, pekerja yg berkelulusan Diploma, Degree,Master semua tu..Ok camni..Secara logic, org yg bergaji bawak 1k kebanyakkannya lepasan SPM..dan mungkin ada yg takat PMR jek....ok back to your story..ok..kalau yg lepasan SPM,PMR or mungkin habis blajar takat UPSR (mungkin miskin, tak mampu, atau main bnyk sgt) ni gaji dia dlm $700+..pastu government review, jadilah dalam $1200 camtu..ok..jadi yg Diploma graduate pulak, camne gaji diaorang ??Government sedar tak ada some private company yg hire Diploma holder dalam $1400+..And based on by experience, kita yg grad ada Degree pun gaji starting lebih kurang camtu..So serupalah tak yah susah2 blajar tinggi sbb gaji org SPM level ngan org yg ada Dip n Degree lebih kurang serupa jek..beza pun dlm 200-300 jek..

Government patut buat cam guidelines untuk sektor awam n swasta pasal tangga gaji starting bagi org yg professional, semi professional, or takde paper langsung..government so far yg kita tau memang ada grade2 dia..tapi private jeklah..sesuka hati nk letak camne yg diaorang rasa nak letak.Yang follow tu follow ar, yg tak follow tu??Kene buat cam ..sape2 yg tak follow, majikan tu kene dakwa, saman or whatever ar.Tu ar antara masalah besar yg akan berlaku bila org gaji kurang 1K dinaikkan..mana adil kalau cmtu..Kita pun at least kene ar buat adjustment..based on our qualification, experience, etc..

Sama jugak masa dulu..masa mula2 habis blajar sibuk nak cari keje..Bila g interview, company tu siap boleh ckp nak experience worker.Sebab tulah ramai org menganggur..Sbb company nak org yg experience jek..Habis tu org yg baru habis blajar ni tak boleh n tak dapat keje ar sbb takde pengalaman..Apalah bangang sangat..kiteorang blum keje lagi,..baru habis blajar,.. camne nak ada pengalaman..Kalau diaorang bagi peluang, barulah kita dapat pengalaman tu..Tapi some companies memang bagus..Tak kisah freshies pun dialu2kan..siap hantar training lagi..Hmm..maybe company yg takmo amik freshies tu malas nak g hantar org yg tak tau pepe ni..Diaorang lagi senang amik org yg berpengalaman n tau keje..So bila hire terus boleh buat keje..Dan disebabkan government dok bising, siswazah memilih keje..nak gaji besar jek..last2, jadi cam kita ni ar..first job memang offer gaji rendah, but still amik jugak sbb pikir nkkan pengalaman..(konon2 positive ar..)..tapi, akibatnya bila nak cari keje lain, nak demand susah..sbb company dok compare dengan current salary..Tu lagi satu issue..

Pada pendapat kita ar, kalau kita nak cari keje lain,..company tu patut tengok current salary org as reference jek..Jgn follow bulat2..kene jugak consider experience org tu, kebolehan, sijil2 org tu, market bg gaji level kita bp....let say org tu first keje pas blajar tapi starting $1k..padahal ada diploma degree..kalau ikut market, starting gaji dlm $1800+..pastu bila cari keje lain, dia tekanlah lebih skit dlm $2k++..company siap question nape bnyk sgt dengan current gaji.Patutnya tak boleh ar beza2 kan..company tu bayar skit, sedangkan kita patut dapat lebih..bila mintak keje lain dah takleh nak demand sbb starting dah rendah..sedihlah kan..lagilah kalau org tu 3-4 tahun kat company lama tu..increment setakat 20-30 hengget..Memang kesian ar sgt2 sbb susah nak demand lebih2 bila nak cari keje..Tapi memang ar setiap company ada budget untuk hire seseorang staff tu..But still, dia kene pertimbangkan bnyk faktor jugak..Hello, nk hire org yg bagus, berpengalaman, berdaya saing..kene ar invest skit kan untuk dapat result yg diharap2 kan..

Hmmm..tengok jeklah pasni..hopefully, government tak sibuk pujuk government servant dengan kenaikan gaji, bonus bagai, untuk bagi motivasi supaya diaorang rajin keje bagai..tapi sesetengah government servant still lagi pemalas, dok sembang bukak katalog Tupperware/Avon, bukak counter lambat, tengking2 customer, tutup counter cepat,dok counter ckp kat telefon kuat2 borak sambil tanya bila bonus nak masuk etc..tapi tak dinafikan yg rajin, bagus tu memang suka sgt..terima kasih sbb awak government servant yg bagus..;-)..tu jeklah...yg tak bagus tu kene bagi polish skit..Kita tau sbb ramai jugak yg bagus cam kawan2 kita budak2 ptd, semua tu bagus..kerja pun bagus..Tapi pemalas n tak bagus jek ni yg merosakkan imej kerajaan..Hopefully bukan government sector jek government look into..Harap kiteorang yg private sector yg takde pencen ni pun government tengok jugak...Please PM...tq..;-)

SELAMAT HARI RABU!!