Assalamualaikum.Sape yang dah tau, taulah..sape yang tak tau, meh kita bagitau.Kita ni seorang pustakawan ajek..orang putih kata librarian..Yerp..bunyi cam rendah diri kan??Yelah, kalau tak rendahkan diri, orang lain kebanyakkannya memang pandang rendah pun profession perpustakawanan..sebab diaorang kata, mesti kerjanya susun buku..susun buku..susun buku..terima kasih yek semua kerana berfikiran camtu.Nampak sangat korang tak bnyk baca buku yek..:-p..susah2 kiteorang blajar kat university, amik diploma, degree, master, phD bagai, hasilnya hanyalah di rak buku..??ohh noo...
Secara amnya, memang salah satu tugas kiteorang ialah susun buku.Tu pun kalau keje kat library kecik..kenelah susun, bistu nak suruh sape susun kan??Kalau kerja kat library besar skit, level eksekutif cam kita ni selalunya tak susun buku kat rak..tu semua keje clerk..atau bahasa lainnya pembantu pustakawan..eh..hello, best ok susun buku..ingat senang ke nak susun buku??Kalau library kecik2 yang susun buku guna sistem sendiri contohnya susun ikut subjek ke oklah ar..kalau susun ikut classification system..korang yang tak blajar library ni pun terkial2 jugak tau..haaaa..(time nilah nk eksen sbb library graduate)..anyway, lagi bagus seseorang yang bergelar librarian untuk blajar dari bawah..tau kerja2 susah (susun buku, tolak troli, weeding buku rosak)..jadi bila nanti dah jadi bos, takdelah tau nak memerintah pekerja bawah jek..
bukan senang tau nak susun buku ikut nombor..buku bukannya 2-3ketul..
Kita sebenarnya ala2 tak puas ati jugaklah ada yang dok kondem kiteorang yang blajar library field ni..Yelah, tak glamour..bukannya doctor,engineer, arkitek, akauntant..ni course2 glamour ni yang orang2 kampung pun tau..Tup2, bila cakap blajar librarianship..orang kampung macam "haaaaa..??Apa tu??.."..aikk..letih nak cite bnyk...sukati koranglah nk pikir camne.Yang penting, kita tau bidang yang kita amik ni, sebenarnya penyumbang besar jugak kepada korang2 kat luar sana secara tidak sedar..
Profession perpustakawanan ni memang takdelah lumayan macam jadik engineer ke akauntan ke...dari segi basic gaji, biasa2 jek..mana2 company yang boleh bagi bnyk tu kira untunglah..especially dapat keje library kat big company macam shell, petronas..haaa..lagilah besar gajinya...But so far selama 7 tahun kita dah kerja ni..alhamdulillah, gaji cukup untuk menyara hidup kami sekeluarga..:-)...and plan nak cari lagi better offer n dekat dengan rumah lepas ni..
Kenapa kita cakap, profession perpustakawanan sebenarnya sedikit sebanyak penyumbang terbesar kepada korang2 kat luar sana??Cuba korang pikir..kiteorang keje ni bergelumang dengan apa??BUKU..betul..atau dengan kata lainnya..ILMU...yup..kiteorang ni macam orang tengah..yang menghubungkan korang (pengguna) dengan bahan (buku, journals)..jadi untuk menyampaikannya perlu ada ilmu jugak kan??yup..contohnya sorang pengguna library datang nak cari buku..sampai2 jek tak tau camne nak cari buku yang dia nak cari..so, tugas librarian (lebih biasa guna term ni) bagi tunjuk arah atau mungkin menerangkan kat pengguna tu camne nak locate buku/bahan yang pengguna tu nak cari..ok fine..Location buku tu dah jumpa but korang tau tak camne nak cari kat rak buku??And again, peranan librarian untuk guide korang camne nak cari buku tu..
Selain dari tu, kiteorang jugak tolong korang recommendkan buku yang sesuai daripada apa yang korang cuba nak cari..Contohnya datang library blur..tak tau nak cari buku pasal kucing..so kite akan recommendkan korang buku2 yang sesuai dengan topic yang korang nak cari..So librarian ni sebenarnya kene banyak membaca,banyak buat kajian..so kalau orang tanya, kita tau nak jawab camne..
And ada sesetengah library, librarian tolong carikan bahan,journals untuk users..fuhh..hebat..korang bagi jek subject apa yang korang nak cari..kiteorang carikan journals tu untuk korang..dalam masa yang sama, kiteorang ni pun belajar apa yang korang blajar..kiteorang yang blajar library ni tak pasal2 tau pulak pasal engineering, nursing, perhutanan, what so ever..terror kan??mana ada kerja lain yang tau semua bidang selain dari library??hehe..so, kalau keje kat library medical, mestilah tau skit sebanyak pasal medical terms..kalau rajin2 baca, bolehlah jugak tau pasal health and medical information..
Based daripada pengalaman dulu yg penah keje kat law library, kita pun sebenarnya kene blajar jugak sedikit sebanyak pasal bidang diaorang..kalau khatam betul2, boleh jadi lawyer..hehe..So apa yang kita tau pun boleh share2 dengan kawan2 librarian yang lain..contohnya keje kat law library, nak cari case tu takde pulak kat library kita, so contact2lah library lain untuk dapat bahan..semata2 untuk memenuhi permintaan users..haaa..mulia tak...pastu kita kene sediakan bahan2 yang lengkap dan tepat dan update untuk lawyer bawak g court..haaa..tugas penting tu..tanpa kita, mati lawyer takleh wat keje...hehe..so kiranya, kita bagi dan dapatkan maklumat, ilmu untuk orang yang sedang menuntut ilmu (belajar) atau dalam pekerjaan..PAHALA tu ...:-)...nanti satu hari orang tu dah berjaya, dah keje..tak ke antara sebab2nya kejayaan diaorang datang dari kita??...:-)...
Tapi memanglah, ada sesetengah librarian takde pun nak tolong apa..ada yang dok keras kat counter muka sombong, siap tengking2 lagi users..yang tu memang adalah..biasalah manusia..tapi kita yang selebihnya ni, memang akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk users..serious rasa puas bila apa yang diaorang mintak kita boleh bagi..apa yang diaorang tak paham kita dapat pahamkan..Tak ke gaji dapat..pahala pun dapat..nanti ilmu tu akan diperturunkan..lagi bertambah2lah pahala kita..insyaallah..Tapi yang penting, niat ikhlas semuanya kerana Allah taala..
Lagi satu..bila time nak beli buku..librarian pun ada kuasa untuk suggest buku yang sesuai untuuk dibeli.Haa..masa ni penting jugak peranan kita ni..librarian akan pilih buku yang terbaik,terkini, yang sesuai untuk pengguna kita..semua yang terbaik ini akan dibaca, diguna, dirujuk oleh users..semuanya pahala..seperti kata pepatah "sharing is caring"...tak luak pun kalau berkongsi ilmu..lagi bertambah ilmu kita adalah..pahala lagi lagi..:-)
Banyak lagi sebenarnya kalau nak cite pasal bidang ni..tapi cukuplah kalau kita katakan di sini..janganlah memandang rendah kat librarian yek..kalau keje kat library mana2 pun..ada setengah orang ingat kiteorang ni SPM holder jek..sedih ok..tapi nasib baik kiteorang ni educated skit daripada orang yang memandang rendah kat kiteorang..so malas nak tunjuk2..so diam jeklah..diaorang tak tau sebenarnya kiteorang ni degree holder tau..and ada yg ada Master n phd lagi..
Ada satu artikel daripada Utusan Malaysia yang kita jumpa berkaitan dengan kerjaya perpustakawanan ni..credit to Ahmad Faizar mengenai topik ini..
ARKIB : 26/02/2011
Susah senang menjadi pustakawan desa
TAPAH 25 Feb. - Lebih lima tahun lalu, Kampung Chang Baru, Bidor dekat sini seperti juga kebanyakan perkampungan Orang Asli lain, buku agak asing bagi mereka.
Namun, atas usaha dua anak jati kampung itu, Azmi Esan, 34, dan Tina Yusop, 32, buku kini sebahagian daripada kehidupan harian penduduk kampung tersebut.
Azmi, Penolong Pegawai Perpustakaan Desa Kampung Chang Baru manakala Tina pembantu perpustakaan di kampung yang sama.
Hakikatnya, bukan mudah menjadikan harapan suatu realiti. Begitu yang dilalui oleh kedua-dua sahabat ini. Tanpa semangat dan minat, harapan akan tinggal harapan.
Tergolong antara segelintir anak Orang Asli yang pernah melanjutkan pelajaran ke universiti, kedua-duanya sedar ilmu mampu mengubah masa depan penduduk.
Peluang wartawan Utusan Malaysia mengikuti mereka menjalankan tugas baru-baru ini, memberi kesempatan melihat lebih dekat sikap dan pendekatan digunakan.
Hujan renyai petang itu tidak sedikit pun menghalang Azmi dan Tina menjalankan tugas.
Sambil menggalas beg kain yang sarat berisi buku, mereka berjalan kaki mengelilingi kampung.
"Buku ma hek en harik adei? (Bawa buku apa hari ini?)," sapa Rohana Bachaur, 31, sambil dua anaknya yang masih kecil tertunggu-tunggu Azmi mengeluarkan buku-buku dari beg hitamnya.
"Buku masakan. Ada juga buku kesihatan," balas Azmi ringkas lalu terus menghulurkan buku-buku dimaksudkan kepada Rohana yang menanti.
Biasanya, tugas itu dilakukan bergilir-gilir antara Azmi dan Tina memandangkan salah seorang daripada mereka perlu berada di perpustakaan desa sepanjang waktu pejabat.
Sebagai kakitangan perpustakaan desa, Azmi dan Tina sedar peranan mereka amat penting bagi menjayakan perkhidmatan pinjaman buku dari pintu ke pintu yang dilancarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2009.
Justeru, setiap hari mereka akan memperuntukkan dua jam iaitu dari pukul 3 hingga 5 petang untuk berkunjung dari rumah ke rumah membawa buku kegemaran penduduk.
"Selain buku, selalunya kami berbual tentang isu-isu semasa yang disiarkan dalam surat khabar," kata Azmi.
Penduduk perkampungan Orang Asli itu hanya 350 orang. Mereka mewakili 60 keluarga yang rata-ratanya saling mengenali.
Azmi dan Tina nampaknya sangat akrab dengan penduduk. Kedudukan dan jarak rumah yang dekat serta radius kampung hanya kira-kira tiga kilometer, memudahkan urusan dengan berjalan kaki.
"Berurusan dengan orang yang kita kenali lebih mudah. Tambahan pula kita sering berkunjung ke rumah mereka," kata Tina
Tina lepasan sijil dalam bidang Linguistik di Universiti Malaya (UM) manakala Azmi pula pemegang Diploma Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Azmi dan Tina hanya segelintir daripada 2,178 petugas perpustakaan desa yang komited dengan tugas dan tanggungjawab diamanahkan. Bagaimanapun, ada mendung di wajah kedua-duanya ketika memperkatakan tentang masa depan.
"Nasib kami tidak sebaik kakitangan kerajaan lain kerana kami hanya pekerja kontrak. Banyak kemudahan termasuk pinjaman untuk membeli rumah tidak boleh kami lakukan," kata Azmi.
Di seluruh negara, terdapat 1,089 penolong pegawai dan 1,089 pembantu perpustakaan desa yang dipertanggungjawab menjayakan matlamat kewujudan perpustakaan desa termasuk perkhidmatan pinjaman buku rumah ke rumah.
Selain kurang berkeyakinan kerana berstatus kakitangan kontrak, aspek logistik iaitu jarak antara rumah yang terlalu jauh dan terpencil serta soal keselamatan sering dijadikan alasan mengapa sebahagian besar mereka gagal melaksanakan tugas seperti diharapkan.
Perrggghhh..bila baca artikel ini, rasa macam nak menitis jek air mata..Besar betul pengorbanan seorang yang bergelar pustakawan..tanggungjawab besar tu..sebab masa depan anak2 orang asli kat tangan mereka yang bergelar pustakawan..siap bawak buku pikul keliling kampung..dah macam Santa Claus..semua orang menunggu2 kedatangan mereka..huhu..siap dengan information transfer dengan menceritakan balik kat diaorang tentang berita terkini contohnya berita dalam surat khabar harini..interesting kan..tapi sayang diaorang ni pekerja kontrak..Harap2 dapat diserap jadi staff tetap PNM dan patutnyalah, sape yang kerja kat perpustakaan desa, pendalaman,yang kene masuk hutan cari dan suruh orang baca buku ni kene bagi alaun lebih skit..Moga tuhan membalas setiap titik peluh yang mereka keluarkan untuk mencelikkan dan membantu anak bangsa yang jauh dari pembangunan ni..insyaallah..
PS:Kalau korang rajin, jom terjah blog ni..menariks..bnyk gambar pasal library2 kat luar negara..fuhh..terpegun..TheDespectacledLibrarian