Friday, October 24, 2008

Demam..uhh..uh..

Dari semalam sampai harini kesihatan tidak memuaskan..masih demam tapi masih gatal nak datang office..takpe..takpe..masih bergantung kepada pil demam yang takdelah power mana...takpelah, buat mana larat..sob..sob...Semalam disebabkan kesuntukan masa dan kesihatan yang tak berapa mengizinkan, kita masak bubur ..buat bubur ayam..dah masak tapi tak sempat makan sebab pas maghrib, terus rushed ngan my HM g hospital amik mak..mak discharged smlm..tapi masih tak kuat..uda ada tanya2 kan jugak nak sewa tong oxygen untuk mak..sebab mak memang totally perlukan oxygen bantuan untuk senang bernafas..=(...tapi buat masa ni, belum dapat pepe feedback dari hospital..so mak bernafas sendiri..(walaupun tercungap2..)..My mom is not ok..mak dah tak cam dulu..sekarang lagi lemah..nak pergi bilik air pun dah tak larat..hmm..entahlah..So, sape2 yang nak wat bubur, leh ar copy resepi ni..yelah..orang tak sihat, demam..sesuai makan bubur..

Bubur Ayam



Bahan-bahan:
1 cawan beras
3-4 ketul ayam
2 ketul kiub ayam knorr
1cm halia
1 biji bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sup bunjut
sedikit garam
sedikit lada hitam
daun bawang dan daun sup
carrot (dipotong halus)
kentang (dipotong halus)


Cara-cara:
1. Rebus ayam bersama halia, sup bunjut, 2 kiub ayam knorr dan sedikit garam.
2. Apabila sudah betul-betul masak, keluarkan ayam yang direbus tadi.
3. Tumis kan bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak.
4. Bila dah naik bau, tuangkan sedikit sup rebusan ayam tadi ke dalam tumisan tadi.
5. Selepas tu masukkan tumisan tadi ke dalam air rebusan ayam tadi semula.
6. Cuci beras dan kemudian gunakan air rebusan ayam tadi untuk memasak bubur. (keluarkan halia dan sup bunjut).
7. Sementara menunggu bubur masak, ayam tadi bolehlah dia siat2 kecil2.
8. Apabila bubur separuh masak, masukkan kentang dan carrot..Kacau lagi.
9. Apabila bubur agak masak, masukkan daun sup, daun bawang, garam, lada hitam,ayam yang disiat tadi dan sedikit garam.
10. Sedia untuk dimakan.
11.Boleh dimakan dengan kicap, ikan bilis goreng, cili potong dan telur asin..yum..yum..

3 comments:

mar!ahaf!z said...

hi ariba, x sht ye. moga cpt sembuh eh.. ada kerja pustakawan dkt must kolej, awak dah check?

kita nak tya psl herbalife, leh send info to my email? thanks
lurvly.aleeya@gmail.com

ARIBA said...

tq..ada keje kosong??ok..nanti saya check..

nanti kita send e-mail kat awak pasal herbalife ya..kalau tak dapat, cuba check dlm junk.yelah, takut awk tak perasan lak e-mail kita ..

mar!ahaf!z said...

nnt kita hantar email kat awak, pastu awak reply k.. tq

keje kosong tu kat gomen punya elx webpage tu..