Bravolah kawankuh!!Ko memang ohsem(awesome) ar Mil..Nasib baik aku dah kawin, kalau tak, nak jugak design kad kawin yg meletups cam ko buat untuk artis2 ni..
“Kad Lestari bersyukur apabila dipilih oleh pasangan Nabil & Zira sebagai pereka kreatif untuk kad kahwin yang unik ini. Apa yang unik? Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti,” kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari.
“Atas kepercayaan yang diberikan oleh Nabil & pihak Festival Pengantin, pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan ‘edisi resepsi’ sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku.”
“Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras,” jelas Jamil lagi.
[quote kata2 Jamil from Oh Bulan]
Wah..meletup kau ..Siap cari artis karikatur nak lukis gambar Nabil n Zira lagi..Takmo komen bnyk, sape yg suka silalah jumpa Jamil..Dah macam2 jenis kad kawin dia jual..keje bagus tak salah kalau nak promote kat org kan??
Jom enjoy gambar2 kad kawin nabil daripada Kadlestari.com..;-)..And kepada Nabil n Zira..selamat pengantin baru..sorrylah lambat skit entry ni keluar..pengantin dah selamat kawin dah pun..huhuhu..tapi belum sebulan lagi, so kira baru ar kan..hehehe..
Gambar credit to Kadlestari.com

















