Tiba2 terjumpa blog ni.."aku gile glamour"..Pening kepala otak nak baca sebab bahasa n cara dia sampaikan exactly macam cara dia bercakap.Kira blog controversi jugaklah..hehe.Yelah, dok cite pasal KFCM ..alah..yg jaga gol pasukan Malaysia tu..Pasal Dahlia Teck (awek baru KFCM) dan Aimie Harmelia (ex-tunang KFCM)..Yang paling takleh tahan bila tengok header blog tu..Cuba tengok.Ala2 blog jejari runcing tak??Hehe..
Assalamualaikum..Sejuk pagi ni..Alhamdulillah, harini dah masuk 4 Ramadhan..cuaca pun ok dari 1st day puasa.So taklah haus, penat n cam nak pitam sgt..Still oklah..;-)...Harap2 dapat puasa penuh lagi this year.Dari lepas kawin sampai skrg, still puasa penuh..n now lepas deliver Azra, bendera merah blum datang lagi..harapnya kalau nak datang pun lepas habis puasalah..hehe..
Pagi ni dengar ERA Fm kat dlm kereta.Sedih, geram, serious skit topik pagi ni.Pasal sorang penonton yang tengok Harimau Malaya lwn Singapore haritu..Menurut cite mangsa yang di kenali sebagai Ahmad Jazimin(ERA call mangsa ni), lepas nyanyi lagu Negaraku (opening ar ni) tiba2 dia dengar bunyi letupan cam mercun and rasa mata kanan dia pedih..(adduhhh..)..Ahmad tu rasa cam rasa something mengalir kata mata kanan dia..bila dia pegang, dia nampak darah n ada lendir putih dari mata kanan dia..Member2 dia pun terus gegas bawak dia keluar stadium ke ambulans yang ada kat luar stadium tu (nasib baik bila perlawanan bola ada standby ambulans)...Kira taklah lambat nak dapatkan banduan..Kesian gile ok..Bola mata kanan dia memang dah takleh diselamatkan lagi.Kira dah cacat kekal dah..
Rasa cam geram sgt kat sape yang dok baling mercun tu..Dia ingat funny ke??Fun sangat ke baling2 mercun ni??Kan ke tak boleh bawak masuk dalam stadium..botol mineral pun takleh bawak, apatah lagi mercun..GERAMNYA!!!!Nak tengok buat cara tengok ar..buat malu Malaysia jek..isk..Habis rosak masa depan Ahmad tu..Nak tambah lagi sedih, Aznil (kat radio ERA) cakap, Ahmad Jazimin tu baru jek kawin..n this year first time sambut raya dengan bini dia..n bini dia pun tengah pregnant n tunggu first baby diaorang..Huaaaaa...sedihnya..Tak boleh ar dengar cite camni..Memanglah hidup mesti diteruskan.Tapi kalau dah merosakkan masa depan orang disebabkan kecuaian sendiri, sape tah hangin kan??Adoii..kesian gile kat Jazimin..;-(...Susah tau kalau guna mata sebelah jek..For sure nak drive pun dah takleh sbb takleh nak agak jarak penglihatan..Nak tengok sana sini pun eye sight dah limited..sedihnya..
Dahlah orang yang buat tu tak dapat tangkap..GGrrrr..lepas gitu jek..Tak taulah orang yang pedajal Ahmad ni sedar ke tak yang mercun dia telah membutakan mata Ahmad..Tak taulah Ahmad ni dok seat kat ner..Manalah tau orang atas baling ke bawah..Wallahualam..tapi kalau orang yang buat tu sedar n buat2 tak nampak or tak mengaku..memang ar.."Ko sampai mati pun hidup tak amanlah aku gtau ko..!!!!"...Kalau yang buat tu sedar, dengar topik radio ERA harini, pleaselah buat report polis..serah diri..sian wei kat Ahmad..kene buta2 camtu jek tak dapat tangkap sape pesalah dia..Alah..macam kes baling asid tulah..tak dapat tangkap sape yang buat..tapi nasib mangsa tu memang totally berubahlah selamanya..cacat..buta..isshh...Makan masa jugak tu nak pulihkan balik semangat..:-(...
Oklah..tu jek nk gtau..So, nasihat general senang cite camni ar..ni lagi ar bulan2 nak dekat raya ni, toksah ar main bunga api ke, mercun ke..And ada lagi satu cite tau..Jiran kita dulu masa kecik2, kes main bunga api jugak..Skrg ni mata dia rosak sebelah..yang mata hitam tu dah jadi putih..kes main bunga api ar jugak..Ada jugak kes2 dlm surat khabar last year kalau tak salah..budak pempuan kene mercun orang lain baling n terkena ke arah dia..issh...serious tension ok..kita tak main, kita pulak yang buta..MEMANG KURANG AJAR..!!!kepada yang main2 bunga api ke mercun ke..janganlah main..kalau nak sangat..main setempat..takyah ar baling kat rumah orang..baling tempat lain.."ko nk terbakar, biar ko sorang terbakar..jgn nak libatkan orang lain pulak.."...n kepada sesape yang nak tengok bola kat stadium tu..buatlah perangai elok2 skit..jgn bawak barang yang org kata jgn bawak..tak paham2 bahasa ke..lazer kaler ijo ke..oren ke..merah ke..pun takyah ar bawak..bawak g office jek wat tunjuk time korang wat presentation masa meeting sudah..letih ar nak berleter jek ni..hehe..Bawah ni petikan article dari myMetro pasal Ahmad Jazimin ni..moga korang semua INSAFLAH!!
pity Ahmad Jazimin..
KUALA LUMPUR: Semangat membara seorang peminat bola sepak negara memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu berakhir tragedi apabila dia disahkan doktor buta mata kanan akibat terkena mercun yang dilempar penonton tidak bertanggungjawab.
Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, mengalami kecederaan parah pada bebola mata kanannya yang rosak akibat terkena serpihan mercun yang dilemparkan sejurus puluhan ribu penyokong tamat menyanyikan lagu Negaraku sebelum perlawanan dimulakan kira-kira jam 8.40 malam.
Menceritakan kejadian, Ahmad Jazimin yang menjalankan perniagaan mencetak kad kahwin berkata, dia bersama beberapa rakan lain daripada Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) duduk di tempat terbuka dalam stadium berkenaan.
“Sebaik saja lagu Negaraku habis dinyanyikan, saya terdengar bunyi letupan dan ketika itu juga mata terasa pedih. Saya kemudian merasakan sesuatu mengalir dari mata kanan. Apabila saya pegang, saya melihat darah pada tangan selain lendir berwarna putih sebelum dua rakan yang berada berhampiran memapah saya keluar.
“Rakan membawa saya keluar di celah ribuan penonton lain ke sebuah ambulans di pekarangan stadium dan saya terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya yang ditemani ibu, Surakiah Mamat, 63, ketika ditemui di PPUM, semalam.
Tahniah Singapura menang semalam 1-1 dengan Malaysia.Haish..kenelah keje harini sbb Malaysia tak menang..hehehe..ok kot game semalam dari masa kat Singapore haritu.At least nampaklah susah skit player Singapura nak membolos gol kita..Apa2 pun tahniah jugaklah kat Malaysia sebab dah berusaha sedaya upaya yek..Oklah get back to work!
Ehem..n3 pendek untuk petang yang panas terik ini..Adus..menanah mata..pedih gilos sbb panas sgt kat luar tu..Malam ni Malaysia lwn Singapore..agak2 sape menang?Haku pun tak taulah labu..Yang penting, Malaysia main baik2 yek.Kalau kalah pun, bermaruah skit r.Jangan baru jek bp saat org dah bolos gol kita, pastu bolos lagi..haish.."sakit jantung acik"..huhu.memang pandai cakap jek, sebab acik ni tak reti main bola..tu yang pandai cakap jek.So yang pandai main tu silalah main betul2 yek..
Korang ada dengar tak lagu versi ERA Fm "Hitam Kuning" tu.Yang tu tak bape best sgt...lagu version asal tu actually dari Wiz Khalifa-Black n Yellow..fuhh..lagu ni lagi sempoi tapi takdelah cite pasal harimau melaya segala..just time black n yellow tu jeklah yang masyuk.hehe..
Teringat satu masa dulu time Johor menang bola..tak ingat game zaman bila tah.Pastu ada masuk surat khabar ada orang sakit jantung mati sebab terkezut..huhu..dengar cam kelakar tapi tragedi tuh ..isk..Harap2nya kali ni takdelah orang yang mati sebab tengok bola yek..
Di sebabkan harini Malaysia lawan Singapore, kita kene jemput Ayra n Azra sorang..Ayak!!HM dapat tiket..So dia g tengok ngan kawan2 futsal dia ar..apa lagi kan...Kalau belikan tiket untuk kita pun, tak mananya kita nak pegi sbb tak sampai hati nak tinggal 2 anak dara tu tanpa mama dia..huhuhu..So HM rasanya straight g stadium ar dari tempat keje..Huaaa..tak pasal2 haku kene berkorban demi negara dengan menjemput anak2 haku dari rumah babysitter sorang2..hehehe..:-p..Takpelah, sesekali kan..Tapi ingat tau!!Korang main bola betul2..Kalau menang nanti PM bagi cuti umum hari esok (Jumaat)Sape tau..hehehe..yelah, Isnin dah puasa..uhuk..cepatnya..Ohh..jangan lupa yek, harini Khamis malam Jumaat..Jangan lupa baca Yaasin sedekah kat orang2 tersayang yang sudah pergi meninggalkan kita..