Friday, October 17, 2008

Dinner Without Nasi..

Aha..guess apa yang kiteorang makan last night for dinner??Something yang tanpa nasi..hmm..mesti takde lauk maknanya..hehehe..i cooked spaghetti..yum..yum..not so bad..tapi masam skit ar sebab letak bnyk tomato(suka masam2 skit..)..my first try tau..Tak sempat nak capture my masakan maklumlah bz nak masak, sediakan makanan, basuh baju, nak mandi, lipat baju...dadada...Tapi rupa sama jek..hehee..Sape yang tak pernah try..(like me..junior chef..)...trylah..i'm sure you've gonna love it..

Spaghetti



Bahan-bahan:
1 peket spaghetti
1 tin tomato puree
2 biji tomato
yang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Daging
cincang (1 peket yang beli kat Carrefour tu..)
Lada hitam
Gula
Garam
Cendawan Butang
1 biji lada banggala (dipotong kecil)
1 mangkuk
kecil cili kering yang telah direbus kemudian dia blend (kalau nak pedaslah..)

Cara-cara:
1. Untuk masak spaghetti, didikan air dengan sedikit
minyak zaitun (supaya tak lekat). Dah didih bolehlah masukkan spaghetti. Masa
diambil berdasarkan maklumat dibungkusan spaghetti korang ya.

2. Untuk kuahnya pula, kita mulakan dengan daging cincang. Daging perlulah
digoreng tanpa minyak sehingga mengeluarkan air dan tunggu lagi sehingga masak
dan agak kering.(kene goreng dulu untuk mengelakkan hanyir daging tu dan daging
lambat empuk). Setelah siap, tepikan.

3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih yang dipoting halus dan bawang besar
sehingga layu. Kemudian masukkan tomato puree dan daging cincang tadi. Kacau
lagi.

4. Bila agak mendidih, masukkan tomato yang dipotong dadu tadi, lada
benggala, cendawan butang, gula, garam dan lada sulah.

5. Tambahkan sedikit air untuk mencairkan sedikit kuah tadi dan jugak
mengurangkan sedikit rasa masam pada kuah.

6. Bila betul2 masak, boleh dihidangkan.

7. Kalau suka bolehlah makan dengan Parmesan cheese. And kalau nak sedap
lagi, kuah tadi boleh dicampurkan juga dengan herbs like oregano and basil(daun
selasih kering)..tapi kalau takde pun takpe..hehe..



No comments: