Friday, November 25, 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Kejap jek kita dah di penghujung bulan Zulhijjah..Maknanya pasni kita dah masuk tahun baru islam 1433H pulak.Sebelum kita terlupa dan korang terlupa, baik kita buat siap2 n3 pasal ni. Harini Jumaat 29 Zulhijjah..esok dah 30 Zulhijjah..so esok pas Asar (akhir waktu Asar atau sebelum Maghrib) dah boleh baca doa akhir tahun..baca 3 kali..

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Dan diikuti dengan doa awal tahun..Dibaca 3 kali selepas Maghrib malam 1 Muharram..
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:



“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Antara amalan-amalan sunat yang boleh kita buat pada bulan Muharram ni ialah:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:


1. Berpuasa~~Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Tiga belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sumber: Al-Azim.com
 
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :


  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram

  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram

  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram

  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram

  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram

  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram

  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram

  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram

  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram

  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram

  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram

  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram

  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram

  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram

  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram

  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram

  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram

  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

Sempena bulan baru ni, apa azam korang??Moga sama-samalah kita memperbaiki diri dalam mendapat keredhaan dari Allah..Insyaallah hidup kita akan aman bahagia di akhirat nanti.Wallahualam.

Thursday, November 24, 2011

Nak kene buang tapi tak buang2..

Assalamualaikum.Haritu dok susun EBM.Sepanjang susukan Ayra n Azra, tak penah lagi buang EBM ketul. Kalau EBM yg cair tu penah ar buang.Rasa sayang, nak nangis pun ada sbb nak kene buangkan jugak sbb dah expired.Hmmm...terima jek ar kan.Nak wat camne.Dah Azra pun skrg tak bnyk minum EBM.Lagi prefer direct feeding.Stok EBM tak bnyk mana pun. Tu pun dah kurang mengepam untuk mengelakkan lambakan susu dlm peti es..pam skali jek masa kat office..hehe..pandai tak mama Azra..:-p..yelah, kita kan sediakan based on demand.Kalau dah tak berapa laku,  nape nak beria2 sgt nak buat stok bnyk2.Nanti sape pulak nak minum?Ayah Azra?Mama?huhuhu..no..no.no..

haaa..nilah stok yg ada..skit jek kan..yup..ngam2 cukup untuk bekalan Azra..;-)..
takyah tamak yek puan aribah..:-p

Macamana kita buang susu tu??Hmm..di sebabkan tak pernah lagi buang EBM, so kita pun tak tau ar sgt nak jawab. But jawapan senangnya.."buang jek ar.."..:-p..and di sebabkan kita ni dok flat and takde tanam pokok kat rumah, so takleh ar nak buang susu tu kat pokok bunga..n tak boleh nak buat mandi susu sebab skit sgt susunya..so cadangannya nak buang kat dlm sink jek sambil buat2 tak nampak (supaya tak rasa bersalah dan sedih..hehehe)..


susu bulan 9

Hmm...guess what..kita hanya mampu mengasingkan susu yg dah expired..(bulan 7 n 8)..nasib baik bp ketul jek pun..ada 9 ketul jek..blum lagi buang sbb  rasa sayang pulak.Huhu.Takpelah, nanti buang ar tu.


ni susu bulan 10 dan 11


ni susu yg dah expired..fuhh, nasib baik sikit jek..

So, pesanan untuk ibu2 kat luar sana, rajin2 ar buat stok ye..hehe.And jangan membazir.Pam harini untuk bekalan esok.EBM tu untuk standby kalau outstation ke yek..Dada!!

NOTA: Untuk sape yg tak gemar menatap EBM saya ni, saya nk mintak maaflah yek.Ianya untuk kenangan dan motivasi diri saya sendiri.Takde niat pun nak menunjuk2.Anyway,bukan bnyk pun compare dengan org lain yg berbaldi2 stok susu n berbaldi2 jugak kene buang sebab expired.

Wednesday, November 9, 2011

Bebola Kristal Jelly Nyah Kau Dari Sini

Korang mesti dah dengar cite pasal baby kene bedah sebab tertelan bebola kristal..Alah bola2 warna warni yang org buat perhiasan tu..Kali terakhir kita nampak benda alah tu rasanya masa pegi pasar tani..Bila dibelek, memang cam hablur jek.Bila rendam jek dalam air, dia akan kembang sampailah besar cam guli..and ada yang boleh besar lagi..


[lebih kurang camni ar ghupanya bila dah rendam dlm air..kembang semangkuk...]

Ni antara petikan berita pasal kes baby telan bola2 tu..

1) Bayi dibedah kerana tertelan bola kristal yang disangka gula-gula-MyBerita

2) Bebola kristal masih dijual-Kosmo Online 

Haishh..ni lagi jahat, skrg dia letak bebola kristal tu dalam jajan budak2..selalu kan jajan yg murah2 tu mesti ada keropok dengan hadiah..Haaa..ni dia taruk skali bebola kristal tu as hadiah..dahlah nak bagi kat budak2..bahaya betullah..

Kita memang tak minat sangat barang2 perhiasan rumah,..maklum ar rumah ada budak2.So kalau bnyk sgt perhiasan susah nak jaga n bahaya jugak kat budak2 kecik..takut pecah, bahaya, masuk mulut, tercekik..kalau semua dah besar tu tak kisah ar kan..

Hopefully benda alah ni dah takde kat market..bahaya untuk budak2..yg kes budak kene bedah tu mujur mak dia hantar hospital..Kalau diamkan jek sampai bola tu mengembang dan makin kembang apa kes??Nauzubillah...

Tuesday, November 8, 2011

Once Meowing: Terbabit juga babi itu...

Once Meowing: Terbabit juga babi itu...: Aku baca akhbar sementara tengah bosan ni. Ketika aku tengah baca, hati aku jadi risau dan berpuluh kali aku menyebut nama Allah S.W.T dan ...

Huhu..dok syok2 mengoogle sana sini , tiba2 terjumpa blog Once Meowing ni..tajuk santai jek, tapi buat org tergelak jap..:-p..Thanks yek..tumpang share cite ni kat kawan2..;-)

Happy 71 Birthday Ayah (Another Ayah..)

Huhu..korang mesti confuse ek..Ayah yang dimaksudkan ialah FIL kita kat JB..panggil ayah jugak..birthday nak dekat2 kan ngan ayah kita..hehe..Kan cuti Raya Aji so baliklah JB.My family n ayah semua tak balik Muar sbb uda outstation g Sabah n balik malam raya.So takut tak sempat so raya KL jek (julung2 kali tu raya KL)..So kita, HM, Ayra n Azra balik JB sabtu tgh hari..Nak balik Jumaat malam cam tak sempat jek.Lagipun malam2 nak jalan ngan budak2 kecik bahaya skit..

[otw back to JB..beberapa minit pertama Azra dalam car seat..hehe.]

Raya Aji cam biasalah.Takde yg meriah mana pun..Korban2 pun tau2 dah bawak balik lembu..hehe..Kita dok rumah jek..Ayra ngan HM keluar g tengok org melapah n korban..n hari tu jugak birthday my FIL..6 November..Ayah dah 71 tahun..Muda lagi tu..hehehe..Happy birthday ayah!!Moga panjang umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, bahagia dunia dan akhirat..Ada ar buat potong2 kek skit..

video masa cucu2 nyanyikan happy birthday tok ayah..;-)

Azra makin teruk batuk masa balik JB haritu..bawak g klinik dapat ar ubat cair kahak/ubat batuk ngan ubat selesema..sian satu hari takleh tido.Sampai berpeluh2 batuk..haish..Nasib baik arini ok skit..alhamdulillah..

Aktiviti lain takde pun..makan2..tido2..hehehe..biasalah kan cuti..Apa lagi nak buat..so selebihnya, jom enjoy tengok gambar..oohhyeahh!!


 [chocolate cake for ayah's birthday!]

 [wah..Ayra pun suka chocolate cake..]

 [HM..]

 [bibik tengah suapkan mak cake..]

[ kak Gee pun ada..Abang Kamal n Kak Mazlin takde plak dlm gambar..huhu..]

[birthday boy..;-)]

Friday, November 4, 2011

Doa Untuk Menjadi Orang Yang Sabar

Salam Jumaat..Assalamualaikum semua.Sejuk betul pagi ni.Dahlah hujan lebat, nk bangun g keje pun malas..:-p..Meh kita share doa plak harini yek. Kita ni pun antara org yg kadang2 tu tak sabar n cepat jek nak marah..Lagi2 ar skrg ni dok nak handle anak 2 ni.Tapi rasanya dah terkawal skit kot sbb kalau kita sorang, memang ar marah tu mesti keluar, but kalau ada HM and dia marah2, kita yg akan jadi opposite character..Try to calm down the situation ar kiranya.Kadang2 tu kesian jugak budak2 kene marah. Tapi kalau tak marah pun tak boleh jugak. Ada jugak cara nk kene tegur so that diaorang paham apa yg tak patut buat, and apa yg mama n ayah tak suka diaorang buat.

Tapi dalam situation lain pun sama..Ada kalanya kita mesti jadi tak sabar, rasa nak marah, rasa nak jerit..tak puas hati..Macam2 ar..Tapi kadang2 ianya lebih baik untuk kita berdiam saja dan bersabar..Doa bnyk2 kat tuhan moga tuhan yang aturkan segalanya..Yelah, bila satu situasi, kalau kita marah sgt..nanti jadi gaduh pulak..Jadi mudarat or jadi benda tak baik pulak (pukul ke..blasah ke..hehe.)..so, simpan sajelah marah tu. Moga orang or perkara yang kita marah tu dapat diselesaikan nanti atas izin allah..Tuhan maha adil..Tuhan nampak kita sabar, mesti tuhan balas kebaikan kat kita..;-)..tak rugi bersabar ni..Ingatlah bahawa marah2 ni semua perangai syaitan..

PS:Kalau marah2 amik air sembahyang..;-)

Wednesday, November 2, 2011

2nd Maternity and Children Expo 2011

Fuhh..ingatkan terlepas.Haritu balik keje ada perasan jugak bunting pasal Maternity and Children Expo ni.Tapi ingatkan dah lepas, rupanya blum lagi..:-p.Cehh.Oh..maknanya haritu dah pernah ada ar yg 1st Maternity and Children Expo..hmm..ketinggalan ar aku ni maknanya??..Takpelah, yg kali ni takmo tertinggal dah.So sape2 yg free nanti..ibu2 mengandung, ibu2 yg beranak tu boleh ar datang tengok expo ni.Nampak cam meriah jek.Hehe..Korang boleh tengok kat website TCE ni untuk keterangan lanjut.Oh..TCE tu The Concept Exhibition Sdn Bhd..Jom kita serbu n pangkah calender masing2 yek!!Jumpa di sana!! (cehh..cam confirm jek pegi..:-p)..


Venue: Mid Valley Exhibition Center
Date: 18-20 November 2011 (Friday-Sunday)
Time: 10am - 9pm



Tuesday, November 1, 2011

Creative Gile!!

Saya ni tangan keras.Takde seni langsung..hehe..suka belek2 hasil kerja orang jek..One of the online shop yg kita suka jenguk ialah Mikylayna. Sabrina (the owner) actually buat felt craft..buat t-shirt, hair clips..semua2 yg berkaitan dengan felt craft ar.Memang amazed sangat dengan hasil tangan dia. Latest, dia ada buat jam konsep jungle untuk diberi kat cikgu anak2 dia..creative gile..cantik sgt..Sape yg berminat boleh ar mengunjungi blog Sabrina ni..;-)



cantik gile kan..gambar credit to Mikylayna FB


one of her t-shirt design for kids..comel sgt..gambar credit from Mikylayna's blog


ni pun comel kan..kemas jek hasil kerja..

PS://..Haish..bilalah tangan keras ni boleh jadi lembut cam diaorang ni..boleh jugak buat business kecik2..:-p