Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Al-Fatihah buat Rara Zikry

[from FB Rara Zikry's contribution for her medical expenses]


Setiap yang hidup pasti akan menemui mati..Baru jek sibuk cite2 ngan my sister pasal Rara and on 1st December 2011, Rara telah dijemput Allah..Tuhan lebih memahami, lebih tahu, lebih berkuasa.Mungkin lebih baik Rara pergi daripada terus menderita sebegitu.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Semua yang terjadi, ditentukan tuhan bersebab.Kita sebagai manusia pun tak mampu melawan takdir dan kuasa Allah.Al-fatihah untuk Rara..Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman..Amin..

Wednesday, November 9, 2011

Bebola Kristal Jelly Nyah Kau Dari Sini

Korang mesti dah dengar cite pasal baby kene bedah sebab tertelan bebola kristal..Alah bola2 warna warni yang org buat perhiasan tu..Kali terakhir kita nampak benda alah tu rasanya masa pegi pasar tani..Bila dibelek, memang cam hablur jek.Bila rendam jek dalam air, dia akan kembang sampailah besar cam guli..and ada yang boleh besar lagi..


[lebih kurang camni ar ghupanya bila dah rendam dlm air..kembang semangkuk...]

Ni antara petikan berita pasal kes baby telan bola2 tu..

1) Bayi dibedah kerana tertelan bola kristal yang disangka gula-gula-MyBerita

2) Bebola kristal masih dijual-Kosmo Online 

Haishh..ni lagi jahat, skrg dia letak bebola kristal tu dalam jajan budak2..selalu kan jajan yg murah2 tu mesti ada keropok dengan hadiah..Haaa..ni dia taruk skali bebola kristal tu as hadiah..dahlah nak bagi kat budak2..bahaya betullah..

Kita memang tak minat sangat barang2 perhiasan rumah,..maklum ar rumah ada budak2.So kalau bnyk sgt perhiasan susah nak jaga n bahaya jugak kat budak2 kecik..takut pecah, bahaya, masuk mulut, tercekik..kalau semua dah besar tu tak kisah ar kan..

Hopefully benda alah ni dah takde kat market..bahaya untuk budak2..yg kes budak kene bedah tu mujur mak dia hantar hospital..Kalau diamkan jek sampai bola tu mengembang dan makin kembang apa kes??Nauzubillah...

Tuesday, November 8, 2011

Once Meowing: Terbabit juga babi itu...

Once Meowing: Terbabit juga babi itu...: Aku baca akhbar sementara tengah bosan ni. Ketika aku tengah baca, hati aku jadi risau dan berpuluh kali aku menyebut nama Allah S.W.T dan ...

Huhu..dok syok2 mengoogle sana sini , tiba2 terjumpa blog Once Meowing ni..tajuk santai jek, tapi buat org tergelak jap..:-p..Thanks yek..tumpang share cite ni kat kawan2..;-)

Wednesday, November 2, 2011

2nd Maternity and Children Expo 2011

Fuhh..ingatkan terlepas.Haritu balik keje ada perasan jugak bunting pasal Maternity and Children Expo ni.Tapi ingatkan dah lepas, rupanya blum lagi..:-p.Cehh.Oh..maknanya haritu dah pernah ada ar yg 1st Maternity and Children Expo..hmm..ketinggalan ar aku ni maknanya??..Takpelah, yg kali ni takmo tertinggal dah.So sape2 yg free nanti..ibu2 mengandung, ibu2 yg beranak tu boleh ar datang tengok expo ni.Nampak cam meriah jek.Hehe..Korang boleh tengok kat website TCE ni untuk keterangan lanjut.Oh..TCE tu The Concept Exhibition Sdn Bhd..Jom kita serbu n pangkah calender masing2 yek!!Jumpa di sana!! (cehh..cam confirm jek pegi..:-p)..


Venue: Mid Valley Exhibition Center
Date: 18-20 November 2011 (Friday-Sunday)
Time: 10am - 9pm



Thursday, August 4, 2011

Tolonglah Jangan Buat Lagi!!!

Assalamualaikum..Sejuk pagi ni..Alhamdulillah, harini dah masuk 4 Ramadhan..cuaca pun ok dari 1st day puasa.So taklah haus, penat n cam nak pitam sgt..Still oklah..;-)...Harap2 dapat puasa penuh lagi this year.Dari lepas kawin sampai skrg, still puasa penuh..n now lepas deliver Azra, bendera merah blum datang lagi..harapnya kalau nak datang pun lepas habis puasalah..hehe..

Pagi ni dengar ERA Fm kat dlm kereta.Sedih, geram, serious skit topik pagi ni.Pasal sorang penonton yang tengok Harimau Malaya lwn Singapore haritu..Menurut cite mangsa yang di kenali sebagai Ahmad Jazimin(ERA call mangsa ni), lepas nyanyi lagu Negaraku (opening ar ni) tiba2 dia dengar bunyi letupan cam mercun and rasa mata kanan dia pedih..(adduhhh..)..Ahmad tu rasa cam rasa something mengalir kata mata kanan dia..bila dia pegang, dia nampak darah n ada lendir putih dari mata kanan dia..Member2 dia pun terus gegas bawak dia keluar stadium ke ambulans yang ada kat luar stadium tu (nasib baik bila perlawanan bola ada standby ambulans)...Kira taklah lambat nak dapatkan banduan..Kesian gile ok..Bola mata kanan dia memang dah takleh diselamatkan lagi.Kira dah cacat kekal dah..

Rasa cam geram sgt kat sape yang dok baling mercun tu..Dia ingat funny ke??Fun sangat ke baling2 mercun ni??Kan ke tak boleh bawak masuk dalam stadium..botol mineral pun takleh bawak, apatah lagi mercun..GERAMNYA!!!!Nak tengok buat cara tengok ar..buat malu Malaysia jek..isk..Habis rosak masa depan Ahmad tu..Nak tambah lagi sedih, Aznil (kat radio ERA) cakap, Ahmad Jazimin tu baru jek kawin..n this year first time sambut raya dengan bini dia..n bini dia pun tengah pregnant n tunggu first baby diaorang..Huaaaaa...sedihnya..Tak boleh ar dengar cite camni..Memanglah hidup mesti diteruskan.Tapi kalau dah merosakkan masa depan orang disebabkan kecuaian sendiri, sape tah hangin kan??Adoii..kesian gile kat Jazimin..;-(...Susah tau kalau guna mata sebelah jek..For sure nak drive pun dah takleh sbb takleh nak agak jarak penglihatan..Nak tengok sana sini pun eye sight dah limited..sedihnya..

Dahlah orang yang buat tu tak dapat tangkap..GGrrrr..lepas gitu jek..Tak taulah orang yang pedajal Ahmad ni sedar ke tak yang mercun dia telah membutakan mata Ahmad..Tak taulah Ahmad ni dok seat kat ner..Manalah tau orang atas baling ke bawah..Wallahualam..tapi kalau orang yang buat tu sedar n buat2 tak nampak or tak mengaku..memang ar.."Ko sampai mati pun hidup tak amanlah aku gtau ko..!!!!"...Kalau yang buat tu sedar, dengar topik radio ERA harini, pleaselah buat report polis..serah diri..sian wei kat Ahmad..kene buta2 camtu jek tak dapat tangkap sape pesalah dia..Alah..macam kes baling asid tulah..tak dapat tangkap sape yang buat..tapi nasib mangsa tu memang totally berubahlah selamanya..cacat..buta..isshh...Makan masa jugak tu nak pulihkan balik semangat..:-(...

Oklah..tu jek nk gtau..So, nasihat general senang cite camni ar..ni lagi ar bulan2 nak dekat raya ni, toksah ar main bunga api ke, mercun ke..And ada lagi satu cite tau..Jiran kita dulu masa kecik2, kes main bunga api jugak..Skrg ni mata dia rosak sebelah..yang mata hitam tu dah jadi putih..kes main bunga api ar jugak..Ada jugak kes2 dlm surat khabar last year kalau tak salah..budak pempuan kene mercun orang lain baling n terkena ke arah dia..issh...serious tension ok..kita tak main, kita pulak yang buta..MEMANG KURANG AJAR..!!!kepada yang main2 bunga api ke mercun ke..janganlah main..kalau nak sangat..main setempat..takyah ar baling kat rumah orang..baling tempat lain.."ko nk terbakar, biar ko sorang terbakar..jgn nak libatkan orang lain pulak.."...n kepada sesape yang nak tengok bola kat stadium tu..buatlah perangai elok2 skit..jgn bawak barang yang org kata jgn bawak..tak paham2 bahasa ke..lazer kaler ijo ke..oren ke..merah ke..pun takyah ar bawak..bawak g office jek wat tunjuk time korang wat presentation masa meeting sudah..letih ar nak berleter jek ni..hehe..Bawah ni petikan article dari myMetro pasal Ahmad Jazimin ni..moga korang semua INSAFLAH!!


pity Ahmad Jazimin..

KUALA LUMPUR: Semangat membara seorang peminat bola sepak negara memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu berakhir tragedi apabila dia disahkan doktor buta mata kanan akibat terkena mercun yang dilempar penonton tidak bertanggungjawab.



Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, mengalami kecederaan parah pada bebola mata kanannya yang rosak akibat terkena serpihan mercun yang dilemparkan sejurus puluhan ribu penyokong tamat menyanyikan lagu Negaraku sebelum perlawanan dimulakan kira-kira jam 8.40 malam.


Menceritakan kejadian, Ahmad Jazimin yang menjalankan perniagaan mencetak kad kahwin berkata, dia bersama beberapa rakan lain daripada Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) duduk di tempat terbuka dalam stadium berkenaan.


“Sebaik saja lagu Negaraku habis dinyanyikan, saya terdengar bunyi letupan dan ketika itu juga mata terasa pedih. Saya kemudian merasakan sesuatu mengalir dari mata kanan. Apabila saya pegang, saya melihat darah pada tangan selain lendir berwarna putih sebelum dua rakan yang berada berhampiran memapah saya keluar.


“Rakan membawa saya keluar di celah ribuan penonton lain ke sebuah ambulans di pekarangan stadium dan saya terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya yang ditemani ibu, Surakiah Mamat, 63, ketika ditemui di PPUM, semalam.


Source:myMetro



Merisik Khabar-ERA Fm bersama Ahmad Jazimin

Thursday, July 21, 2011

So Much To Do, So Little Time

Assalamualaikum..Rasanya korang mesti ada baca online newspaper atau newspaper just recently pasal this issue kan??Masalah DUNIA ni..hehe..masalah wanita kat Malaysia ni mengalami tekanan perasaan..Nak nampak lagi WORST..wanita Malaysia duduk kat tangga ke 16 paling tertekan..kesiannya..


So based daripada carta kat atas ni, terbahagi 7 faktor kenapa wanita Malaysia ni menghadapi tekanan perasaan..credit kepada Berita Harian for this chart..just click link untuk full article pasal issue ni..Yang paling first:-

1) Terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan
 ---tapi hal ni memang betul ar..kebanyakkan (tapi tak semua ar) kalau ada berlaku masalah dalam hubungan, pempuan yang paling beria2 nak selamatkan..Lagilah kalau dah kawin n dah ada anak..yelah, pikir masa depan anak camne nanti..kesian pulak anak membesar tanpa ayah..pikir diri sendiri pulak takde laki susahlah nanti..pikir duit dah abis bnyk untuk kawin, masa dah bnyk terbuang masa bercinta dulu, family dah bnyk berkorban..maruah semua tu..tu yg sampai kalau boleh, takmolah hubungan tu putus camgitu jek..

2) Mengambil serius persepsi orang lain terhadap diri dan keluarga
---haaa..ni pun satu hal jugak..pempuan ni kalau mengata orang memang..hehe..tapi dalam serious mode, pempuan kalau boleh tak suka kalau orang kata2 pasal diri dia dan keluarga dia..kira memang jaga betul ar jgn sampai ada orang sibuk bukak mulut nak mengata...pempuan ni bukannya boleh buat pekakkan telinga..kalau ada cakap2 orang pasal diri dia atau keluarga, mulalah hati dah tak tenteram..rasa tak sedap hati..risau...sakit hati..tertekan..isk..kalau boleh nak diri dan keluarga dia PERFECT..takmo orang pikir bukan2 lagikan pula mengata..

3) Bekerja kuat untuk mendapat pengiktirafan majikan
---guullpp...adakah saya begitu??Hmm..rasanya taklah sangat..tapi normal ar semua orang, kalau bekerja tu kalau boleh naklah orang nampak yang kita ni rajin, workaholic, bercita2 tinggi, berdaya saing..kan..kenelah bekerja kuat skit..takkanlah kerja ala2 melepas batuk di tangga jek..Tak kawlah kan kerja camtu..

4) Terlalu serius terhadap pelajaran anak-anak
--ehemm..saya takde anak yang bersekolah lagi so tak berapa tau nak comment..tapi kalau ikut mak ayah kita dulu..takdelah dibiarkan ajer atau garang gile n nak kita mesti dapat nombor satu jek..Tapi kalau boleh, nak cuba sedaya upaya supaya anak tu boleh jadi MANUSIA..tapi masalah pelajaran anak2, mana ada mak bapak yang tak serius kan??Tapi yang paling pressure maklah sebab selalunya yang check homework anak2 tu mak..tul tak??

5) Menggalas tanggungjawab menjaga keluarga
---ohh..ini patutnya kene letak atas2 skit..sbb ini memang kisah benar..huhu..Tanggungjawab menjaga keluarga kebanyakkan besar ditanggung oleh perempuan..Contoh:Kalau mak bapak dah tua, sape yang nak bela??Pempuan..kalau ada anak lelaki yang bela memang terror ar..kalau mak bapak laki kite sakit, sape yang nak bela??Bini dialah kan..so..pempuan jugak..Pasal anak2, pasal suami, pasal parents, pasal mak bapak mertua..semuanya tanggungjawab kita...fuhh...tak tertanggung wei..sebab tu pempuan perlukan support dari lelaki..Tolonglah skit ringankan beban..tolong apa yang patut..Janganlah ingat tanggungjawab lelaki hanyalah mencari duit/rezeki untuk anak2 dan isteri jek..it should be more than that..

6) Terlalu dikongkong oleh keluarga
---yang ni tak sure apa maksudnya dikongkong..maybe laki tak bagi bini dia keluar2 shopping ngan kawan2 sekali sekala..atau keluarga jenis nak suruh pempuan tu buat semua benda sampai dah kawin pun still family tu kongkong..tapi kesimpulannya, kalau dah kene kongkong tu, surelah pressure kan??hehe..isk3..takyahlah kongkong sangat..monitor jek..hehe..Kalau ada yang silap, sila tegur..tak gitu??

7) Berhenti kerja untuk menjadi suri rumah
---yang ni rasanya pressure kalau pempuan tu memang totally suri rumah tangga yang husband dia tak bagi langsung duit pocket..perrghh..memanglah tension..dahlah kerja rumah tak pernah habis, bnyk..pastu takde duit masuk..takleh nak berhibur..tak boleh nak relax..lagilah kalau husband tu keje gaji tak seberapa..pastu isteri dia pulak berkelayakan (ada degree) n kalau keje gaji sure boleh tolong husband dia ringankan beban..tapi tak keje..isk..tension wei..Lagi tambah tension kalau husband tu suruh wife dia berhenti keje dok rumah jaga anak..fuhh..tertekan makcik sbb terputus dah duit shopping bag branded n make up..ahaks..:-p


Kesimpulannya kat sini simple jek..Pempuan memang rajin (takyah denylah..)..hehe..tu yang sanggup memikul tanggungjawab yang sangatlah besar..Kene jadi pekerja kat office...balik rumah jadi isteri kepada suami..jadi ibu kepada anak2..jadi anak kepada mak bapak kita..fuhh..bnyk tu tanggungjawab..Kat office memang keje bertimbun..balik rumah lagi sambung buat kerja..so bila masa rehat sebenarnya??Haaa..we are not complaining..we are just explaining..Kita pempuan ni hanya nak lelaki di luar sana memahami apa yang kita tanggung..dan tolonglah memahami dan tolong ringankan beban kiteorang ni dengan menolong secara fizikal (tolong lipatkan kain, tukarkan pampers anak..tolong sapu parit)..dan menolong secara mental (tolong dengar luahan hati isteri, tolong redakan amarah n pressure isteri, tolong bagi semangat kat isteri)...itu sudah memadai..walaupun penat, susah, ngantuk, tak terdaya..insyaallah, akan dilakukan sehingga nafas yang terakhir..:-)....



Wednesday, July 20, 2011

Laid To Rest~~ Dr. Lo' Lo'

Dunia hanya persinggahan..
Maut akan menghampiri kita..
Bila masanya tidak kita ketahui..
Tetapi janji Allah itu benar..
Satu hari kita akan mengadapnya kembali.


[gambar ehsan blog Dr. Lo' Lo']

Al-Fatihah buat Dr. Lo' Lo'..
Beliau adalah wakil rakyat Titiwangsa..
Dekat jek ngan rumah kita pusat kegiatan Dr. Lo' Lo' tu..
Tak sangka beliau menghidap cancer..
Long (kakak kita) pun tak sangka..
Dr. Lo' Lo' dulu kawan long masa sama2 belajar di UKM..
Dr. Lo' Lo' juga menyambut kelahiran Mamat (anak long) masa di hospital satu ketika dulu..
Hmm..tak bnyk nak comment..


Yang pasti, beliau nampak begitu kuat dalam mempertahankan tanggungjawab yang digalas..
Anak bekas Mufti Besar Perak..
Sangat tinggi budi pekerti dan disenangi semua..
Sangat kuat dalam melawan penyakit beliau sehingga nyawa yang terakhir..
Al-Fatihah buat Dr. Lo' Lo'..
Moga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman..
Amin..

Boleh melawat ke blog Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Ada sedikit coretan mengenai Dr. Lo' Lo'..
Boleh jugak melawa ke blog Dr. Lo' Lo'..mungkin kini dikemaskini oleh anak2 arwah..

Saturday, April 16, 2011

Malaysia Has Been Infected??..Scary Wei..Simbol??KOLONY??

Gile ngeri..Simbol ni everywhere.Tak taulah kalau kita sorang yang notice..korang perasan tak??Kat KLCC pun ada..Contoh terdekatlah..tempat keje kita..pusat bandar damansara.bersepah simbol ni..kat tiang2 elektrik...kat notice board..kat tepi2 jalan..everywhere hokey..simbol dia pun lain macam betul...siap cam ada sabit2 gitu...ngegegege...Camne ghupa simbolnya??



Camgitulah rupa simbolnya..cam misteri kan...gile suspend..Cam ala2 crop symbol kat ladang cam kat negara orang putih tu...yg diaorang kata ada alien datang tu...Ada alien ke??Negegegege...


Setelah bape minggu dok puzzle jek apalah yg berlaku sebenarnya, akhirnya misteri tu dah direvealed..korang tau apa sebenarnya??huahahaha...silalah ke sini...Fuhh lega..:-p..Oklah..nak layan Azra & Ayra ni..sibuk nk yeyek...hehehe..Chow..

Sunday, July 26, 2009

Al-Fatihah..

As u all dah tau, arwah Yasmin Ahmad sudah meninggal dunia pada jam 11.25 mlm (Saturday)..And jenazahnya sudah dikebumikan di tanah perkuburan islam SS21 Subang...Rasa cam kehilangan jek kan??Yelah, her artworks cam lain dari yang lain..what true Malaysian should be like..sebab selalunya in her movies/advertisements, mesti ada malay,chinese and indian...tulah, 1 Malaysia (kata PM)..hehe..I love to see her advertisements..She'll be missed.... All her Petronas advertisements always amazed me..

PS://lepas ni..time Raya,Chinese New Year, Deepavali, Merdeka Day, New Year, takdelah lagi advertisement Petronas yang best2..sebab dia dah takde lagi..;-(..kalau tak, sure tak sabar2 tunggu iklan..




source: mediamalaya.com

Friday, February 6, 2009

Bestnya!!!!

Ibu lahirkan kembar lapan

LOS ANGELES 27 Jan. - Seorang wanita di California memeranjatkan doktor apabila melahirkan kembar lapan semalam, dipercayai set kembar yang kedua seumpamanya dilahirkan di Amerika Syarikat (AS).

Enam bayi lelaki dan dua perempuan itu berada dalam keadaan sihat dan stabil di unit jagaan rapi neonatal, kata Dr. Karen Maples di Pusat Perubatan Kaiser Permanente di Bellflower, dekat sini.

''Bagaimanapun dua daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan,'' katanya pada sidang media semalam.

Kembar lapan yang tidak cukup bulan itu dilahirkan melalui pembedahan dalam tempoh lima minit, mengejutkan pasukan perubatan 46 anggota yang hanya menjangkakan tujuh bayi.

Berat mereka antara 680 gram hingga 1.47 kilogram dan doktor pada mulanya mengenal pasti mereka dengan huruf A hingga H mengikut giliran kelahiran masing-masing.

"Selepas kami menyambut Bayi G seperti yang kami jangka, kami dikejutkan oleh Bayi H," kata Maples.

Pihak hospital enggan mendedahkan sama ada wanita yang tidak disiarkan namanya itu menjadi hamil menerusi rawatan kesuburan yang sering membawa kepada kelahiran kembar. - REUTERS


PS://Bestnya!!!Berangan sangat nak anak kembar.hehehe..tapi rezeki buat masa ni seketul jek ar..alhamdulillah..


Wednesday, February 4, 2009

I'm Sure Men Gonna Love It..

Got this article from my friend and I managed to get the proper sources from one of the "FindArticles" tah pepe..camni punya hal pun orang boleh buat research..hehehe..


By JONATHAN HAYTER

STARING at women's breasts is good for men's health and makes them live longer, a new survey reveals.

Researchers have discovered that a 10-minute ogle at women's breasts is as healthy as half-an-hour in the gym.

A five-year study of 200 men found that those who enjoyed a longing look at busty beauties had lower blood pressure, less heart disease and slower pulse rates compared to those who did not get their daily eyeful.

Dr Karen Weatherby, who carried out the German study, wrote in the New England Journal of Medicine: "Just 10 minutes of staring at the charms of a well endowed female is roughly equivalent to a 30-minute aerobics workout.

"Sexual excitement gets the heart pumping and improves blood circulation.

"There is no question that gazing at breasts makes men healthier.

"Our study indicates that engaging in this activity a few minutes daily cuts the risk of a stroke and heart attack in half.

"We believe that by doing so consistently, the average man can extend his life four to five years."

She added that sexy stars like Dolly Parton, Heather Locklear, Anna Nicole Smith and Demi Moore had proved to be especially good for the men's health.



Wednesday, July 16, 2008

Boleh Agaknya Kita Tidak Berbelanja Untuk Satu Hari?

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Rabu, 16 Julai ialah "Hari Tidak Berbelanja", satu kempen yang dianjurkan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Barangkali ramai yang berasa skeptikal dengan kempen ini, memandangkan terlalu banyak kempen yang diadakan selama ini tidak mendatangkan sebarang hasil.

Dalam masa yang sama mungkin juga tidak ramai yang boleh memberikan jawapan spontan 'Ya' jika dilontarkan dengan soalan ini, "Boleh agaknya anda tidak berbelanja dalam sehari?"

Bagi sesetengah orang, berbelanja itu lebih berbentuk kemahuan bukan keperluan. Ada juga yang menjadikan berbelanja itu sebagai satu hobi, tanpa mengira sama ada poket berisi atau tidak, awal atau tengah bulan apatah lagi bila menjelang musim perayaan.

Sikap boros berbelanja juga menjadikan mereka mangsa hutang kad kredit keliling pinggang!

Tidak kurang juga yang menjadikan membeli belah sebagai satu cara untuk menghiburkan hati apabila dilanda gundah-gulana atau untuk mengurangkan stres.

Di sinilah letaknya cabaran 'Hari Tidak Berbelanja" anjuran Fomca ini. Inilah sebenarnya ujian untuk anda! Secara jujurnya sejauh mana anda boleh mengekang kemahuan untuk tidak berbelanja ini.

MATLAMAT KEMPEN

Kempen "Hari Tidak Berbelanja" adalah sebahagian daripada pengisian program Kempen Pengguna Kebangsaan yang berlangsung selama 48 bulan bermula Jun tahun ini sehingga Jun 2012.

Sewaktu sidang akhbar mengumumkan kempen ini, Presiden Fomca Datuk N. Marimuthu berkata melalui kempen ini Fomca mahu pengguna meminimumkan perbelanjaan mereka.
Langkah itu adalah bagi mencapai matlamat mendidik orang ramai supaya mengamalkan sikap lebih berjimat dan tidak terperangkap dengan pembelian kerana jenama atau atas nama status kehidupan.

Menerusi kempen ini juga, pengguna boleh mengesan ke mana perginya wang yang dibelanjakan. Sama ada wang dibelanjakan untuk tujuan atau keperluan sebenar kehidupan atau dibazirkan sekadar memenuhi nafsu kemahuan.

BUKAN UNTUK BOIKOT

Marimuthu menegaskan "Kempen Hari Tidak Berbelanja" bukan bertujuan memboikot atau memprotes mana-mana pihak.

"Kempen ini lebih kepada usaha untuk mendidik orang ramai supaya lebih berhemat dalam menguruskan perbelanjaan seharian.

"Tidak ada kena mengena sama sekali dengan protes. Kami hanya mahu orang ramai menyedari erti nilai wang yang dibelanjakan dalam masa satu hari," katanya.

Menurut Marimuthu, kempen yang sama berjaya dijalankan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

"Kempen Hari Tidak Berbelanja" akan hanya berjaya mencapai matlamatnya sekiranya mendapat sokongan padu masyarakat pengguna negara ini, katanya.

Cabaran mudah untuk anda lakukan sempena kempen Fomca ini ialah mengamalkan cara hidup sederhana sepanjang kempen sehari ini.

Antaranya Marimuthu mencadangkan -- daripada anda keluar berbelanja, luangkan masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan anda tetapi jangan membelanjakan wang untuk mereka pada hari itu.

KEMPEN AJAK PENGGUNA BERFIKIR

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata pihaknya menyokong usaha yang digerakkan oleh Fomca untuk mendidik tabiat berbelanja berhemat dalam kalangan pengguna di negara ini.

"Kempen ini baik untuk mengajak pengguna berfikir supaya dia dapat melakukan beberapa perkara yang membolehkan dia tak perlu berbelanja perkara yang tidak perlu dan mendatangkan kemudaratan.

"Contoh, kalau hari itu dia makan di luar, sekarang dia masak sendiri di rumah dan bawa bekal. Kalau dia merokok, hari itu dia tidak merokok. Apa yang kita mahu pengguna ada inovasi baru dalam kehidupan mereka," jelas beliau.

Tambahnya, pengguna juga boleh menggunakan hari yang sama untuk membuat inventori untuk mengelakkan pembaziran.

"Kita lihat apa yang kita ada di rumah, barangan dapur umpamanya, apa yang ada, apa yang dah sudah luput tarikh penggunaannya. Lazimnya kita selalu membeli barang yang kita sudah ada dan kemudian tidak digunakan.

"Menjelang musim perayaan, elok juga kita tengok pakaian anak-anak kita, mana yang masih boleh pakai. Kain langsir pun kalau boleh digunakan dan ubah suai reka bentuknya, gunakan lagi. Ini semua boleh menjimatkan perbelanjaan," tambah Dr Maamor.

BOLEH HIDUP TANPA BERBELANJA

Dr Maamor turut berharap kempen 'Hari Tidak Berbelanja' ini juga akan membolehkan pengguna memberi mesej yang jelas kepada diri sendiri bahawa dia sebenarnya boleh hidup tanpa berbelanja.

Pengguna di Malaysia, katanya, perlu belajar merancang perbelanjaan dan bersiap sedia untuk menghadapi masa kecemasan.

"Sekarang ada sesetengah pengguna yang bersikap tidak apa tetapi jika berlaku kecemasan seperti banjir, bagaimana hendak menghadapi keadaan ini?" soalnya.

Sebenarnya ada banyak sebab untuk memaksa masyarakat pengguna negara ini menjadi lebih berhemat dan berjimat dengan perbelanjaan mereka. Satu yang ketara keluh-kesah yang saban hari didengar mengenai harga barang lebih-lebih lagi sejak kenaikan harga petrol dan diesel awal Jun diikuti dengan semakan semula tarif elektrik pada 1 Julai lepas.
Inilah realiti yang tidak boleh dipandang ringan pengguna di negara ini.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz baru-baru ini berkata kadar inflasi bulan Jun dijangka meningkat melebihi 6 peratus ekoran kenaikan 41 peratus harga petrol dan 63.3 peratus diesel.

Beliau turut memberi bayangan kadar inflasi domestik dijangka terus meningkat sehingga awal tahun 2009.

Sewajarnya semua golongan, baik yang kaya, yang miskin, pihak kerajaan, kakitangan swasta mahu pun peniaga, yang masing-masing adalah pengguna, boleh bertindak secara proaktif dalam soal berbelanja ini.

Keadaan semasa juga menjadikannya lebih sesuai untuk mempraktikkan peribahasa "ukur baju di badan sendiri". Jadilah pengguna bijak, untuk esok dan seterusnya, bermula dengan 'Hari Tidak Berbelanja' ini.
-- BERNAMA

......Alamak..harini dah belanja sandwich daa..hehe..