Assalamualaikum..Last week baru jek beli something yg worth buying daripada a friend of mine..a.k.a. anak kepada ex-lecturer kita dulu (pak ray)..iaitu Chor..Secara tidak langsung, she actually promoted something that catched my heart to buy it..apa dia??Chor actually uar2kan pasal Pen Digital Al-Quran..Hati terpaut bila baca her entry kat FB about this Al-Quran..Thanks Chor..moga Allah dapat membalasnya..Insyaallah bnyk pahala awak nanti..:-)
Apa yang specialnya, Al-Quran tu disertakan dengan satu pen yang berfungsi sebagai reader..meaning, bila kita lalukan pen tu kat mana-mana ayat, pen tu akan bacakan balik ayat yang kita lalukan tadi..boleh pilih beberapa suara imam yang mengajikan ayat2 tu, boleh tukar2 bahasa,boleh pilih untuk baca tafsiran..pen tu pun boleh berfungsi sebagai mp3,..boleh dengar before tidur..pendek kata bnyk kegunaannya..Yang penting, dapat betulkan tajwid, cara sebutan ayat2 Al-Quran, dan macam2 lagi..
Bila first time pandang Al-Quran dengan pen digital ni, teringat kat arwah mak..:-(..kenapa??Sebab mak selalu ingatkan kita supaya jangan tak baca Al-Quran langsung..berdosa..nangis Al-Quran tu..Al-Quran boleh beri kita syafaat bila akhirat nanti..baca walaupun sikit..kalau setiap hari Khamis, mak mesti tanya, "awak dah baca Yaasin blum??Mak dah siap2 baca"...mak mesti remindkan kita untuk tak lupa baca Yaasin tiap2 malam Jumaat..kalau bulan Ramadhan, mesti berlumba2 nak khatamkan Al-Quran dengan mak..sbb mak dah expert..baca cepat..kita terkedek2 baru habis baca surah al-baqarah, mak dah masuk juzuk ke-3..bila kita baru khatam sekali.mak dah 2 kali khatam before tiba Syawal..haishh..kalau tak sure macamana nak pronounce satu ayat tu, mesti rujuk dengan mak..Arwah mak memang pandai mengaji..pandai hukum tajwid ni..maklumlah orang zaman2 dulu kan..pastu lepas pencen dulu pun mak pernah ajar budak2 n orang dewasa mengaji..(moga Allah beri syafaat kat Mak..Amin..)..tapi bila mak dah takde, memang terasa sangat..sedih sebab takde sape nak ingatkan..takde sape nak bagi semangat kt kita supaya rajin baca..takde sape nak tolong tunjukkan kita macamana nak sebut satu ayat yg kita tak berapa pasti..:-(..and bila jumpa dengan pen digital Al-Quran ni, tiba2 rasa lega sgt..happy kejap..at least, ada lagi yg boleh membantu kita dlm mendalami dan membaca Al-Quran dengan betul...Alhamdulillah..
Not to forget..Al-Quran ni dengan pen2 digital dia skali memang mendapat kelulusan JAKIM, Sijil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran..Senang cite takdelah Al-Quran ni dari sumber2 yg was2..yelah, kita ni bukannya Tahfiz..mana tau satu dua ayat tukar baris dah jadi makna lain..kita pun tak perasan...jadi, dengan sijil kelulusan ni, bolehlah kita beli TANPA was-was..:-)
Kalau mak ada lagi, mesti mak suka..mesti mak teruja dengan teknologi yg sangat bermanfaat ni..Tapi mak dah takde..takpelah, insyaallah..kita akan sentiasa cari masa untuk baca Al-Quran..ni pun nak dekat bulan Ramadhan..kene cari jugak masa nak buat amal dan baca Al-Quran..So kepada kawan2 yang berminat, boleh bagitau kita..Harga dia RM350 sahaja..mahal??Perlu ke berkira tentang sesuatu yg mendekatkan kita dengan Allah??Blackberry ribu riban..Iphone, Ipad bagai boleh beli, kenapa Pen Digital Al-Quran yang RM350 pun tak sanggup nak labur??..Tepuk dada tanya selera..fikirkanlah seketika wahai kawan..kita kat dunia ni tak lama..entah cukup ke tak amalan kita nak dibawa selepas mati nanti..Insyaallah..moga kita sama2 ingat mengigati sesama kita agar sentiasa mendekatkan diri dengan Allah..
PS://korang boleh google jugak kat Internet..ada jugak jual kat sana..

inilah dia pen digital tu..

a complete set of Pen Digital Al-Quran..

disertakan bersama sebatang pen digital, Al-Quran & Muqaddam(iqra')