Hmmm..Tajuk menariks..tertariks..terujas..tergodas..As u all know, Ayra kan still bf lagi walaupun kat rumah babysitter dah minum FM, but kat rumah memang takmo langsung FM..hanya BM..And seperti yang kita semua sedia maklum,firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 233..
Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap..” [Surah al-Baqarah 2: 233]
So,mengikut kefahaman..seseorang anak tu boleh menyusu selama dua tahun genap..Kiranya bila ibu tu dapat bagi anak dia susu selama dua tahun genap, bermakna dah lengkaplah jangkamasa menyusukan anak tu mengikut ajaran Islam..
Tapi persoalannya di sini ialah..adakah anak itu boleh lagi menyusu badan setelah melepasi usia 2 tahun??Kalau dengar mulut-mulut orang, ada yang cakap tak elok..nanti anak tak pandai..Ada yang cakap tak elok sebab anak dah besar kenapa still nak hisap lagi susu badan..Ada yang cakap susu tu dah tak elok untuk anak sebab dah bercampur darah (haishh..bukan susu tu memang asalnya darah ke??..)..Ada yang cakap anak dah panjang..nak pangku pun kaki dah lebih..so taklehlah bf lagi..and ada yang kata malulah dah besar selak2 baju mak dia lagi..and ada yang cakap anak dah gigi penuh mana boleh bf lagi..
Dari pemerhatian, ada jugak kawan-kawan yang masih lagi menyusu badan kat anak-anak diaorang yg usianya sudah melebihi 2 tahun..ok jek..pandai jek..dah pegi sekolah pun ada..x slow pun development anak diaorg..and ingat lagi masa kat UiTM dulu..ada kawan satu dorm, mak dia still bf adik perempuan dia yg rasanya dalam umur 3 tahun..masa tu mak dia datang melawat..adik dia dah bercakap ok..clear..tak pelat..perempuan..dan tiba2 lari kat mak dia dan selak baju mak dia..kita masa tu macam.."huhhh..???.."..terperanjat kejap sebab adik dia dah bercakap still bf lagi..hehe..and my niece pun bf sampai 3 tahun lebih jugak..
Rasanya takde apa-apa yang mudarat..Pada kita pun, memang cuba nak stopkan jugak Ayra bf so that boleh layan Azra sorang jek..Tapi pengalaman tandem nursing dengan dua-dua anak..Ayra n Azra memang sesuatu yang tak boleh dilupakan..adik beradik sorang sebelah..mama diaorang tak tau nk baring/duduk position camne dah..hehe..memang rasa "dipergunakan" semaksimum mungkinlah..hehe..Puas hati dan berbaloi sebab jadi mak..walaupun takdelah meriah sangat susu mama diaorang ni..Ayra pun bf tak kacau pun bahagian Azra..Ayra tau, sebelah untuk adik and sebelah untuk dia..and Ayra pun bf malam jek..Tu pun bukan untuk bagi kenyang, just untuk "gonggong" bagi hayal untuk tidur..kira cam standard orang yg bagi pacifier/puting kat anak2 diaorang ar..Sbb Ayra tak isap puting, so camnilah stail dia before nak tido..BUT..kadang2 tu tak semestinya jugak dia nak tido kene bf dulu baru boleh tido..takde pun still boleh tido..takdelah bergantung sepenuhnya..
But sooner or later memang kita nk stopkan jugak Ayra from bf..it's time for her to move on to her big sister's world..takmo dah "yeyek" lagi..kiss2 jek boleh ar..hehe..Ada petua nak stopkan budak dari menyusu badan suruh letak garam or benda pahit2 kat nipple..hmm..nanti mama Ayra buat..hopefully berjaya ar..hehe..
Ada jugak pendapat pasal issue ni yang kita jumpa..daripada website Baiboo..ada satu ruangan question n answer..and ada seorang ibu ni tanya pakar pasal hal berkaitan ni..
Hmm..camtulah pendapat pakar tu..but still there is no scientific proven pun..And lagi satu kita jumpa daripada duniasusuibu..diaorang quote article from utusan online pasal topic ni jugak..
So kawan-kawan, apa pandangan korang??Pada kita takde hal..yang penting mak tu still lagi mampu nak bf and tak ganggu baby yang lebih kecik yang lebih perlukan nutrien daripada susu mak dia..and rasanya paling-paling lama pun dalam 2 tahun setengah ke 3 tahun dah cukup..lepas tu boleh stop..Jadi anak takdelah terlalu bergantung sangat.Kalau tak, mana-mana pegi tiba-tiba nak "yeyek", susahlah kan..hehehe..
Sumber: (2010). Menyusu anak lebih 2 tahun. Utusan Online. 26 Mac.
Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?
Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?
Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.
Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.
Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.
Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.
Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.
Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.
Name: fina
Email: shaena@hotmail.com
Date: 4th Mar 2008
Q:Assalamualaikum, puan. saya kini mengandung anak ke 2 sudah minggu ke 36. masalahnya anak sulung saya yg baru berusia 2 tahun 3 bulan masih menyusu bdn terutama waktu tidur. Puas saya berusaha supaya dia berhenti tapi sampai sekrg tidak berjaya.
A:Assalamu’alaikum, Fina. Tahniah kerana berjaya mengandung anak kedua sampai 36 minggu. Anak sulung puan sudah mencapai usia melebihi 2 tahun dan patut dihentikan drp menyusu badan, kerana susu badan melebihi 2 tahun penyusuan tidak elok untuk anak (anak tidak menjadi cerdik). Ada pelbagai cara yang digunakan untuk menceraikan anak dari penyusuan badan. Contoh yang paling mudah ialah menyapu bahan pahit pada tetek supaya lama-kelamaan anak akan berhenti menyusu sebab ada benda pahit pada tetek. Contoh bahan pahit yang digunakan oleh ibu ialah getah betik atau serbuk kopi segera yang dibancuh dengan sedikit air masak. Faridah
2 comments:
tak kisah la dear janji kita tau apa kita buat.. takde salahnya pn.. that's our kids pn kan.. susu itu hak mereka..
hopefully i dpt bf aisya selama yg mungkin.. bf is wonderful!
chayok2... mmg besh kalau dpt nyusukan anak lebih dr 2thn .. tp rs nye kene dok umah lewwwww
Post a Comment