Friday, July 8, 2011

Jom Solat Sunat Taubat



Alhamdulillah..Kita masih lagi bernafas di bumi Allah.Terima kasih ya Allah..Mengurniakan kesihatan yang baik, melimpahkan rezeki kepada keluarga kami, dimudahkan segala urusan seharian..Walau begitu, terdetik jugak dalam hati, tentang dosa-dosa yang selama ini kita lakukan..Tak tergambar betapa besarnya dosa-dosa itu ya Allah..:-(..Ku panjatkan doa kepadaMu ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosaku..juga dosa-dosa kedua ibu bapa ku..Kita takut ya Allah, andainya tidak sempat bertaubat dan memohon ampun kepadamu sebelum mati..Kau ampunilah diriku ya Allah..berikanlah petunjuk buatku..

Kepada kawan2 semua, marilah kita buat solat sunat taubat..Kita semua bnyk dosa kat tuhan, tapi tuhan masih lagi sayang kat kita.Masih lagi bagi kita peluang untuk hidup sihat dan bernafas di bumi Allah ni..elok dibuat solat sunat taubat ni pada bulan2 Muharram, Rejab, Shaaban dan Ramadhan..kalau buat tiap2 hari selepas solat fardhu pun lagi elok..teringat kat arwah mak..tak pernah tinggal solat sunat taubat setiap kali lepas buat solat fardhu mesti buat solat sunat taubat..:-(...arwah mak rajin orangnya....bangun tido seawal 4 pagi..macam2 solat sunat arwah mak buat..makin sakit, mak still lagi buat solat2 sunat dengan duduk/berbaring..ya Allah..moga aku jugak mampu mengikut jejak arwah mak yang begitu rajin membuat solat2 sunat..

Berbalik kepada solat sunat taubat, selalunya diilakukan 2 rakaat @ lebih..tapi selalunya orang buat 2 rakaat..


Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah taala

Rakaat pertama baca macam biasa Al-Fatihah dan baca surah Al-Kafirun. Untuk rakaat yang kedua pulak, baca surah Al-Ikhlas (3x)..



Lepas tu boleh baca doa sujud terakhir rakaat kedua:

Lepas salam banyakkan beristighfar:

Dan penghulu istighfar:


Credit to Resepirahsiaku dan Cina Islam

---------------------------------------------------

Ampuni dosa-dosa arwah mak dan ayah...
Ampunilah dosa-dosaku ya Allah..
Dosa terhadapMu..
Dosa terhadap arwah Mak & ayah..
Dosa terhadap suamiku..
Dosa terhadap keluargaku..
Dosa terhadap orang disekelilingku..
Aku sudah banyak berdosa ya Allah..

Jangan buat aku terleka ya Allah..
Moga hidup dan matiku dalam iman..
Moga hidup dan matiku keranaMu ya Allah..
Moga hidup dan matiku di jalan yang benar..

Aku takut ya Allah..
Ampunilah aku.

Jom kawan-kawan, kita buat solat sunat taubat setiap hari..moga Tuhan mengampunkan kita..Jangan sampai kita terlambat, terleka dan tak sempat untuk meminta ampun kepada Tuhan bila matahari sudah terbit di arah berlawanan..:-(..MasyaAllah..

1 comment:

lina said...

Insya ALLAH, jom selawat juga sebyk yg kita mampu. Really nice sharing