Friday, February 6, 2009

Bestnya!!!!

Ibu lahirkan kembar lapan

LOS ANGELES 27 Jan. - Seorang wanita di California memeranjatkan doktor apabila melahirkan kembar lapan semalam, dipercayai set kembar yang kedua seumpamanya dilahirkan di Amerika Syarikat (AS).

Enam bayi lelaki dan dua perempuan itu berada dalam keadaan sihat dan stabil di unit jagaan rapi neonatal, kata Dr. Karen Maples di Pusat Perubatan Kaiser Permanente di Bellflower, dekat sini.

''Bagaimanapun dua daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan,'' katanya pada sidang media semalam.

Kembar lapan yang tidak cukup bulan itu dilahirkan melalui pembedahan dalam tempoh lima minit, mengejutkan pasukan perubatan 46 anggota yang hanya menjangkakan tujuh bayi.

Berat mereka antara 680 gram hingga 1.47 kilogram dan doktor pada mulanya mengenal pasti mereka dengan huruf A hingga H mengikut giliran kelahiran masing-masing.

"Selepas kami menyambut Bayi G seperti yang kami jangka, kami dikejutkan oleh Bayi H," kata Maples.

Pihak hospital enggan mendedahkan sama ada wanita yang tidak disiarkan namanya itu menjadi hamil menerusi rawatan kesuburan yang sering membawa kepada kelahiran kembar. - REUTERS


PS://Bestnya!!!Berangan sangat nak anak kembar.hehehe..tapi rezeki buat masa ni seketul jek ar..alhamdulillah..


2 comments:

mar!ahaf!z said...

best sebab skali kuar byk.. kan? my dad kembar.. tp pasangan dia meninggal.. tp adik badik me, takde plak kembar.. hehe

ARIBA said...

Wah..ada jugaklah family background yang kembar..
;-)..my granny pun lahirkan anak kembar jugak(my aunty and uncles lah..)dua pasang lagi..first kembar lelaki perempuan..pastu yang last kembar 2 lelaki..so far my family takde lagi kembar...
;-(..my cousin plak yang dapat gen kembar tu dari my granny kot..hehehe..sebab dua orang my cousins dapat kembar..sorang dapat sepasang lelaki perempuan, sorang lagi dua2 lelaki..

Tulah..tapi nak menjaganya yang letih tu..hehehe..tapi memang suka sangat kalau tgk twins..cam cute sangat sbb muka serupa jek..