Tahun Baru Cina haritu kan balik Muar. Sempat ziarah kubur mak kat bakri and amik Mak Pah n Mak Pikah (adik2 mak) pegi skali ziarah kubur mak. Kiteorang pegi dengan beberapa budak kecik. So pergi pun tak lama..Budak2 biasalah..tak tahan panas..start meragam lagi..HM pun takde so nak tak nak kene jugak bawak budak2 pegi kubur..Selain daripada tu, Long, Adil, Uda, anak2 long pun ikut skali. Mak Pah n Mak Pikah sempat bawak yaasin n baca kat situ..Terima kasih sudi sedekahkan pahala yaasin kat mak..
Dah bnyk jugak kubur2 baru memenuhi kawasan perkuburan tu. And tanah kubur mak pun tak mendap lagi..maybe dah agak mampat tanah n kayu dalam tanah pun dah mereput. Dah nak dekat 2 tahun dah pun mak pergi (cepatnya masa berlalu).. So far kiteorang takde tanam pepe lagi kat atas kubur mak sebab nak tunggu betul2 tanah mampat. Tapi setelah tengok dah ok haritu, plan nak tanam jugak pokok atas kubur mak. Long kata, kalau kita tanam pokok atas kubur, pokok2 tu akan berzikir dan berdoa kepada Allah untuk ringankan siksa mak kat kubur..So pas ziarah haritu, long petik skit daun pokok ceri n pacakkan kat kubur mak..
Nabi s.a.w melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda:
“Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Lepas kiteorang balik KL, Mak Pikah ada upload gambar kat FB. Rupanya2nya Mak Pah n Mak Pikah ada belikan pokok untuk mak. And diaorang tanam sendiri kat kubur mak. Alhamdulillah..tuhan permudahkan segalanya. Kiteorang plan nak beli kat nursery, tapi cuti pulak masa tu. Pastu bile pulak nak passkan pokok kat org jaga kubur untuk tolong tanamkan. Nasib baik dengan izin allah, ada org yg sedia membantu. Adik beradik mak sendiri..Terima kasih Mak Pah..Mak Pikah..Mak mesti gembira di sana..tulah dia kan..kasih adik2 terhadap kakak...untung mak dapat adik2 yang baik..and untung mak sebab ada adik beradik yg ramai..(tak salah adik beradik mak ada 10 orang)..sebab tulah kita pun kalau boleh nak zuriat ramai2..nanti kita takde, ada jugak anak2 yang mendoakan kesejahteraan kita kat sana nanti..hanya Allah yg mampu membalas jasa Mak Pah n Mak Pikah..*sebak....Gambar2 credit to Mak Pikah..;-)..Al-fatihah untuk mak.."Orang sayang Mak!!"...
kat kanan tu dahan pokok yg long pacak kat kubur mak cuti haritu..
batu tanda kat kubur mak..
Mak Pah rasanya tanam pokok puding..
korek skit..
Jalil anak Mak Pikah pun tolong sama..thank you..;-)
hampir siap..;-)
tudung oren tu Mak Pikah..dua2 adik mak..
dah siap..alhamdulillah..moga pokok tu dapat tumbuh dengan
subur dan dapat berzikir untuk mak..Amin..
Mak Pah n Mak Pikah pas siap tanam pokok,
sedekahkan yaasin pulak kat mak...*sebak..
pusara mak..
Mak Pah nak balik..Terima kasih Mak Pah..Mak Pikah...
















0 comments:
Post a Comment