Assalamualaikum..Alhamdulillah..pagi yang tenang..Harini hari Sabtu..masih lagi dapat bernafas di bumi Allah.Dapat menunaikan solat subuh.Lepas solat terus belek2 keadaan Azra..sambil2 tak lepas mencium Azra seperti selalu..luluh jantung..pedih hati..bergenang air mata..hanya tuhan yang tahu perasaan ni.Masih lagi cuba mempositifkan diri untuk terus kuat, meneruskan hari2 pedih Azra sehingga Azra benar2 pulih..
Alhamdulillah..pada ketika ini hati ni masih kuat untuk menghadapi hari2 yang seterusnya.Tak lupa juga untuk mempersiapkan diri dari kata2 sinis orang2 luar bahawa kita tak pandai jaga anak..yup..you should put yourself in my shoes..she's my baby..she's my daughter..she's only 1 year 3 months..kulit still lembut..kita yang membawa Azra dalam perut selama 9 bulan..susah,perit melahirkan..alhamdulillah dengan izin Allah, Azra keluar sempurna..dan at the same time orang2 di luar sana menyatakan ini semua sebab kecuaian saya..ye..saya terima seadanya..tapi jika diberikan peluang untuk membela diri..hanya satu saja yang ingin di katakan.."dia anak saya dan tak pernah sedetik tergamak untuk mengabaikan dia"...ibu mana nak anak jadi camni..Inilah dugaan untuk saya..Qada' dan Qadar tuhan..setiap apa yang berlaku ada sebabnya..Yang pasti, ianya menjadikan saya lebih berhati2 di masa akan datang..perlu lebih alert dengan keadaan sekeliling yang membahayakan anak2 kecil..
Please..kita tak nak dengar apa2 komen negatif dari sape2 yang rasa dirinya negatif..
"kesiannya..kenapa Azra sampai boleh kene air panas??Mama tak jaga ke??"
"issh..parut sure tak hilang ni sampai besar..lagi ar kene kat muka.."
"isshh..parut kat muka??dahlah anak perempuan..sure tak cantik dah nanti sampai ke besar."
"parut kat muka??kat badan??kurang ar wang hantaran nanti.."
Please SHUT YOUR MOUTH..
Nasib baik Azra kecik.Tak paham pepe..kalau dia paham sure kecik hati..Kalau Azra tak kecik hati skrg pun, skrg mama dia yang kecik hati..
Dalam susah2 hati ni, syukur sgt2 sbb tuhan bagi ubat penenang semulajadi bagi mama dan Azra..ye..susu ibu..memang tengok Azra lagi tenang bila bf..walaupun mulut luka, badan pun bnyk luka, Azra seperti biasa jek..macam tak sakit jek..cepat2 baik yek Azra..
Harini sudah 4 hari Azra melecur..Haritu kene pada Rabu,11 April 2012..Banyak jugak luka kat bahagian muka Azra..Alhamdulillah, nasib baik tak kene smpai dlm mata..positifkan diri..moga luka cepat sembuh..pasni bolehlah sapu apa2 yang patut..tadi belek botol Bio Oil pun ada kata, kalau kulit luka takleh letak..so, untuk tidak memburukkan lagi keadaan, tunggu ar sampai luka betul2 sembuh..ada gak google pasal Alano Hand and Body lotion..Bnyk jugak testimoni dari kawan tentang kemujaraban produk ni. dari kawan2 n family..thanks so much..Insyaallah nanti kita cuba dapatkan..n nak jugak cari aloe vera gel (yang transparent) kat pharmacy untuk badan Azra...(thanks yunz)...and dapatkan supplement dari Elken untuk Azra (recommended by Liyana)..Moga2 dengan izin Allah, dengan menggunakan produk2 ni, dapatlah menghilangkan parut Azra..Oklah, jom tengok Azra..Jangan nangis ek korang...kita pun nangis nanti..Please doakan Azra..
my baby..
bibir, bawah dagu habis kene jugak..
bahagian pipi, kelopak mata pun sama..;-(
dahi, telinga kanan nk ada skit2 dlm kepala pun ada melecur skit..
alhamdulillah..bahagian badan dah mula nak kering n baik..





6 comments:
xsnggup nk tgk, dr entry yg smlm, smpai ke hr ni sedihnye,
semoga azra kuat & cepat sembuh yer syg,
salam puan..simpati pd baby azra :( b4 ni ada anon bgtau suh sapu gamat luxor tu kan sy plak nk cdgkan gamat lukano yg mcm jely tu sbb pngalaman ayah sy ada kncing manis tp kna air pnas kt perut cpt je lecur tu hilang cubalah insyaAllah...
Allah.. it broke my heart la dear... =((
ariba, tak bawak pegi hospital ke?
Hai awak, baru berkesempatan nak jenguk awak hari ni. Alahai tak sangka baca cerita sedih ni. Banyak-banyak bersabar ye awak. Cousin kita pun pernah jugak jadi macam ni masa kecik-kecik. Insya-Allah biasanya kulit budak-budak cepat baik berbanding orang tua. Untuk elakkan parut cuba awak tanyakan doktor dekat hospital samada ada ubat yang boleh dorang suggestkan. Anak saya yang nombor dua dulu ada kes skin sepsis (alahan pada susu lembu) waktu tu saya tak tahu dia ada alahan sebab mmg bagi BF tapi bila habis pantang dan nak masuk kerja, saya mula ajar dia untuk minum susu formula. Hari kedua, kulit dia terus merekah macam melecur bermula dari muka, leher, badan hinggalah hujung kaki. Menangis saya tengok keadaan dia sebab doktor terpaksa buang semua kulit-kulit lama tu selama 3 hari berturut-turut. Setiap kali ambil daripada nurse, dia mesti menggigil takut sampai dah hilang suara nak menangis. Saya mintak doktor pediatrician saya refer kes saya untuk doktor pakar kulit sebab taknak kulit anak saya jadi patut kekal. Alhamdulilah, saya dapat ubat yang bersesuaian untuk kulit anak saya. Lepas sebulan guna, kulit anak saya jadi cerah dan gebu sangat. Sampai sekarang ni, kalau saya cerita yang anak saya pernah menderita skin sepsis ramai yang tak percaya sebab kulit dia nampak elok je.
Panjang pulak komen. Hehehe... Awak kena yakin dan tabah k. Setiap penyakit ada penawarnya. Insya-Allah :)
ary,
pedulikan mulut-mulut sumbing tu
dorang tu specis suka tgk org susah and susah hati tgk org senang
byk kt dunia ni
kita sebagai ibu,jgn putus doa
Allah tahu apa yg terbaik utk anak kita
ina turut doakan azra cepat sembuh,jadi muslimah solehah yg terbaik dan lagi cantik luaran dan dalaman dari anak anak insan yg bermulut sumbing tu
hii...emo plak...minta maaf..ary jgn down sgt k..
walaupun org lain nk kata :
parut kat muka??kat badan??kurang ar wang hantaran nanti..
patut nyer bertambah lah lgi wang hantaran tu.. sbb bkn senang nk dpt parut extrem mcm tu kan.. tp tu bkn lah masalah nyer..
yg pnting kita jadi dia dgn pnuh ksih syg!! we always love you azra
achik
Post a Comment