Kejap jek kita dah di penghujung bulan Zulhijjah..Maknanya pasni kita dah masuk tahun baru islam 1433H pulak.Sebelum kita terlupa dan korang terlupa, baik kita buat siap2 n3 pasal ni. Harini Jumaat 29 Zulhijjah..esok dah 30 Zulhijjah..so esok pas Asar (akhir waktu Asar atau sebelum Maghrib) dah boleh baca doa akhir tahun..baca 3 kali..
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Dan diikuti dengan doa awal tahun..Dibaca 3 kali selepas Maghrib malam 1 Muharram..
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Antara amalan-amalan sunat yang boleh kita buat pada bulan Muharram ni ialah:
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa~~Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Tiga belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Sumber: Al-Azim.com
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
- ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
- ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
- Diciptakan lautan pada 10 Muharram
- Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
- Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
- Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
- Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
- Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
- Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
- Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
- Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
- Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
- Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
- Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
- Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
- Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
- Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
- Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
- Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
- Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
Sempena bulan baru ni, apa azam korang??Moga sama-samalah kita memperbaiki diri dalam mendapat keredhaan dari Allah..Insyaallah hidup kita akan aman bahagia di akhirat nanti.Wallahualam.


1 comment:
salam ariba - mahu hijrah kan minda drp ta'asub pd cinta kan dunia berlebih2 an :) serta menambahkan rasa mahhabah pd empunya hijrah iaitu Rasulullah...tanpaNYA kita tidak dijalanNYA.
Post a Comment