Korang tau tak yang car seat budak-budak boleh disewa??Ke kita jek yang baru tau??Hehehe..Maklumlah car seat budak-budak tu bukan murah..Cikai2 pun macam Sweet Cherry tu pun nk dekat $3-$4 ratus..Tu pun yang $3-$4 ratus, paham-paham jeklah..Sponge dekat seat dia bukannya empuk mana..tekan pakai jari pun boleh rasa plastic keras dlm tu..huhu..Bayangkanlah kalau budak2 duduk..sure sakit badan..huhu..
Macam kita pun, mana ada beli sebenarnya untuk Ayra ke Azra..Pakai yang recycle..Mula ingatkan nak beli..Tapi dah orang nak bagi so savelah skit duit..Dulu masa sibuk nak survey stroller Ayra, ada jugak tengok-tengok car seat..tapi harga dia..adus..(takpe,..akan dipertimbangkan..)..
Okeh..Back to the story..Satu car seat tu ex-officemate HM bagi. Yang tu brand Sweet Cherry ar..Cam dulu masa nak letak Ayra dalam car seat, kene alas dulu dengan kain or bantal kecik so tak sakit sangat badan nanti..Dia punya seat belt pun ala-ala nk rosak tak rosak..hehhee..tapi still boleh gunalah..Skrg Ayra dah besar skit, boleh terus duduk jek..Pastu lagi satu car seat ehsan my SIL..kakak HM punya..Anak dia dah besar so dia letgo jeklah kat kiteorang..Yang tu, brand Maxi-Cosi..Tu bagus skitlah..Rasanya yg ni mahal skit..Tapi tak sesuai untuk baby..dah besar skit baru boleh duduk..
Car seat ni memang penting sesangat..Keselamatan perlu diutamakan..Lebih-lebih lagi budak-budak kecik atau bayi..Tapi macam biasalah, belum banyak pendedahan kat negara kita lagi pasal penggunaan car seat budak dlm kereta.. Kita pun dudukkan Ayra kat car seat tengok keadaan..:-p...Kalau time kereta lega skit, bolehlah..Maklumlah kereta "besar"..letak car seat jek dah penuh..Tak kira lagi kalau bawak stroller..Skrg ni ni pun nk kene pikul 2 stroller..untuk Ayra ngan Azra..Tak kira lagi kalau balik kampung..kalau letak car seat, orang lain kene duduk atas bumbung keretalah jawabnya..kalau nak bawak jugak confirm semua orang dok buat muka tak puas ati..hehe..(normal ar orang-orang Malaysia kita naik kereta berhimpit-himpit..:-p)...tapi korang jangan follow pulak yek..korang pakailah car seat untuk anak2 korang..
Tengok anak Mat Salleh..dah beso pun still duduk kat car seat..elok jek...
...hehe..gambar ehsan google
Macam kawan kita Sarah("sarah, kalau ko ada blog, aku dah link ko dah..hehehe...")..anak dia tiga-tiga lelaki umur rasanya dalam 2-4 tahun..dan tiga-tiga anak dia duduk dalam car seat sampai skrg..sangatlah berdisplin..haish.."aku kene beli kereta besar skitlah baru anak aku boleh duduk kat car seat sorang satu"..and lagi satu kawan kita gak Ai..car seat telah menyelamatkan nyawa Airell(first son dia) sebab ada satu hari tu diaorang accident..Masa tu Ai, Airell & Meor(husband Ai).. n Ai masa tu pregnant n thank God Airell duduk dalam car seat kat seat depan pulak masa tu..Ai pulak nasib baik takde pepe sbb duduk seat blakang..yelahkan..tengah sarat mengandung....kalau Airell tak duduk dalam car seat, tak taulah nak ckp apa..mesti dah terpelanting ke depan cermin dah..Nauzubillah..So moral of the story..sangat penting untuk letakkan anak-anak kita kat dalam car seat yek kawan-kawan..(pesanan untuk diri sendiri jugak..:-p)...
Alolololo...siannya..tecik2 dah kene duduk dalam car seat..
ayok..gambar ehsan google jugak...
Ahaha..cite punyalah panjang..Yang nak disampaikan ialah pasal car seat yang boleh disewa ni..hehe..Baru jek tau pasal ni masa baca paper Berita Harian awal bulan haritu..Automobile Association of Malaysia (AAM) skrg ada sediakan perkhidmatan menyewa car seat baby dan kanak-kanak kepada ahlinya..Aha..Ahli jek??Jangan risau..AAM pun sedang dalam rangka mempromosi yang membolehkan bukan ahli mendaftar keahlian pasukan AAM A1Malaysia dan AAM Shape Lady pada harga RM75 untuk menikmati kadar sewa yang sama macam ahli AAM..Kalau ahli AAM, car seat tu boleh disewa pada harga serendah RM60 sebulan kat mana-mana cawangan AAM seluruh negara..Amboi..macam duta berbayar AAM pulak ek..
So senang cite, sape-sape yang berminat terus jeklah g kat website AAM untuk keterangan lanjut..
No comments:
Post a Comment