
Diet??Hm..topik yang selalu dibincangkan especially dak2 pempuan..(including me..hehe..).Topik ni memang jadi favourite aku maklum ar, aku pun in the process of reducing my weight.. Aku ada tgk "Oprah" tak lama dulu dan tertengok satu interesting topic yang Oprah bincangkan. Pasal diet mengikut kumpulan makanan..dan tetamunya tak lain tak bukan Dr. Peter D' Adamo..Ada betul jugaknya kalau korang baca buku dr. ni..(aku ada beli buku dia..hehehe..terpengaruh..)Tapi ada jugak some articles dlm local newspaper tak setuju dengan pendapat Dr. Peter ni..yelah, katanya tak mengikut piramid makanan..Sebab nanti ada zat2 makanan yang kita kurang disebabkan stail diet ni.Tapi pada pendapat aku, kita leh follow apa yang dr. tu recommend, tapi makanan lain pun jangan tak amik.Still amik but in a small portion.Hm..tepuk dada tanya selera..
Di bawah ni article taken from http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dimensi/20080615084800/Article
Fakta: BTD (Blood Type Diet)
Kebaikan
5) Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.
Keburukan
Fakta
Diet untuk darah jenis A
Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.
Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Diet untuk darah jenis B
Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Diet golongan darah jenis AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Diet untuk darah jenis O
Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

2 comments:
" Diet untuk darah jenis O
Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan."
humm..maknenye kene mkn byk ikan, tp knape xley mkn byk buah??
ishk..org tgh dayet ni la nk mkn byk buah..huhu pelik.
btw, tenxs 4 d tips,
len kaliw at lg tips2 tuk sesi pendayetan ni eyh..kiter skee..
hihi :p
eh..samalah kita..darah O jugak..Kene amik bnyk makanan berprotein macam HERBALIFE..(hehe..promote pulak)..
for your information, menurut Dr Peter ni, orang darah O ni ialah orang primer.Kire pertama kat dunia ni berdarah O..Dah lama2 bercampur2, barulah come up with other blood type..
Tapi kenelah balancekan diet.Buah boleh amik, tapi in a minimum quantity..=)
Post a Comment