Wednesday, August 10, 2011

Tima Kasih PTPTN..;-)..

Assalamualaikum..Ehem..nak cite pasal smlm ni..Smlm keluar sat. Memula pegi PBD hantar photocopy IC kiteorang bertiga ni kat Payroll Department untuk open new bank account.Yup, company ni tukar banklah pulak.Haritu dok ngan CIMB..skrg tukar Affin Bank plak..haishh..loteh makcik..but before that, singgah sat kat PTPTN..kan dia nye main building kat Wisma Chase Perdana..dekat jek dengan Pusat Bandar Damansara.

Tujuan utama g PTPTN sbb nak submit borang pertanyaan baki..borang tu suppose kene isi so that PTPTN akan keluarkan surat rasmi yang menyatakan kita takde hutang lagi dengan PTPTN or ada lagi baki yang perlu kita langsaikan.FYI, alhamdulillah selama 7 tahun bekerja..akhirnya habis jugak bayar PTPTN.FUHHHHH LEGANYA!!! Ikutkan surat perjanjian, habis bayar 2013 ..Ni kira cpt abislah..hehe..Pinjam pun masa buat Diploma..masa degree tak mintak pun..So masa buat degree mintak tangguh bayar..yelahkan, still belajar lagi.So tambahlah skit interest ++..time tu kan 4%..pinjam masa Diploma dulu pun RM15,000 jek..tapi dup dap dup dap masuk interest segala, tangguh lagi..lebih skit dari tu (tak sure ar exact amount bp)..So bila dah mintak tangguh, PTPTN postpone duration bayar n pendekkan ..jadi time tu bulan2 bayar dalam RM250..


yeay!!

Susah jugak time tu..bila dapat 1st job, sambung blajar lagi..tapi every month without fail memang akan bayar PTPTN..selalunya bayar kat pejabat pos jek.Hati memang tak aman sejak lepas buat pinjaman kat PTPTN..sbbnya belum lagi grad, belum lagi dapat keje dah ada hutang menunggu..sedih kan??Tapi nak buat camne, bukannya family kaya sgt..so pinjam jeklah..hehe..

So every month selalunya bayar dalam RM250..kalau ada duit lebih, dapat bonus ke, bayar lebih..bila dah tukar keje, gaji besar skit, naik skitlah..dari bayar RM250, jadi RM500..pastu dapat keje lain lagi..naik lagi..bayar RM1,000..tapi tak abis2 rasanya..hehe..tapi ada jugak few months cuti bayar..hehehe..bukannya apa..time nak dekat beranak, bnyk nak guna duit..time nak dekat raya..hehe..pastu cover balik ar..Tapi so far takdelah sampai bertahun2 tak bayar."Saya sedar..saya meminjam..saya kene lunaskan hutang saya..ramai lagi orang nk guna duit tu untuk pelajaran.."..huhuhu..Alhamdulillah.Takdelah kene blacklist ke apa..kalau kene, memanglah kene fire PTPTN..orang tak pernah miss bayar, kene blacklist takleh g oversea plak kan?..

Memang selama ni tak senang duduk sebab hutang PTPTN tak abis2..lagi ar dalam paper, tv dok bising2 siswazah tak nak bayar hutang..gggrrr..yang paling bengang, ada yang gaji besar2, pegawai tinggi, business bagai tapi sesen pun tak nak bayar..tak bolehlah camtu..pandai pinjam, kenelah pandai bayar..tak kisahlah tu korang nak bayar pakai duit hantaran kawin korang ke, suruh mak bapak korang bayar ke, suruh kekasih gelap korang bayarkan ke..yg penting, silalah bayar yek..kita taulah alasan standard bnyk tanggungan..gaji kecik....tapi sebagai seorang yang bertanggungjawab, itu bukan alasan.Benda2 mahal, kete, rumah semua korang mampu beli, takkan bulan2 at least RM50 pun tak mampu nak bayar PTPTN..betul tak??Tapi kalau tak bekerja lagi tu boleh dipertimbangkan..tapi nanti dah dapat keje jangan pulak lupa bayar..

Orang dah tolong kan..kenelah berterima kasih..kenelah bayar balik..Memanglah kat blakang ramai bising2 sebab interest tinggi..No 1..korang dah signed dah pun contract..time sign nape tak baca betul2..skrg baru nak bising..fine..semua tu slowly PTPTN dah adjust..so skrg dah jadi 1%..bising2 jek tapi tak bayar apa kes kan??

Hehehe..macam pegawai PTPTN plak ek dok sibuk suruh orang bayar..takdelah, pada kita selagi kita tangguh, selagi tulah tak abis2..bayar skit2, lama2 insyaallah abis..Lagilah skrg PTPTN buat yg ujrah ke apa tu 1% jek..kurang skitlah interest korang kene bayar..so, apply ar..kita tak apply pun sebab time dah dah nak abis bayar tu..nak buat penyelarasan untuk refund balik pun rasanya tak kot..tengoklah kalau tiba2 rajin nak buat, bolehlah diusahakan..hmm..yang penting, kepala dah lapang sebab hutang dah settled!

Dekat setengah jam jugaklah nak settlekan everything kat PTPTN tu..Standardlah government, dok kat reception counter dok gayut kat telefon, cakap kuat2.."Eh..gaji bila masuk??Ko kata masuk awal??..Ohhh..kan ke dapat duit raya.."...eh hello..memalukan betul ar diaorang ni..Tak sampai setengah bulan dah sibuk tanya bila nak gaji..Napelah tunjuk sangat perangai kegomenan korang..isk..elok sangatlah tu perangai..cakap kuat2, customers korang dengar..haish..apalah nak jadi..tapi bukan semualah kan orang gomen camtu..jgn terasa plak..pastu borak2..sibuk cite pasal kuit raya, balik kampung, hamper raya..wwwhhatttt??kalau nak borak pun slow2 ar.Janganlah customers korang tau yg korang takde keje..haish..apalah..And ada customer yang menunggu tu dok merungut sbb diaorang nak bayar lumpsum tapi slow gilos service dia..lepas satu, satu officer dia kene jumpa..kesian betul..nasib baik kita settle cepat jugak walaupun berchinta jugak nak menunggunya..


senyum menjalin kemesraan..tak kisah ar senyum ke dak..yg penting service
tu improve yek..

Rasanya tu jek kot nak cite..Kepada yang liat nak bayar PTPTN tu..insaplah..bayarlah at least RM50..jgn tak bayar langsung..melampau tu namanya..orang bagi duit nak..bila time bayar bukan main susah lagi..Nasib baik PTPTN ni tak macam ALONG..kalau tak dah ramai orang mati kene bunuh..tak pun hilang jari kelingking, hilang kaki kene potong dengan along..kene simbah cat merah..kene ugut bunuh..tak pun peminjam tu sendiri bunuh diri..Tapi kalau sape2 yang pandai tu, toksah ar pinjam PTPTN..applylah scholarship..takpun loan MARA..takde interest..hehehe..So ingat ye..jangan tak bayar!!..hehe..


siksaku terlepas sudah..lepas ni bolehlah buat hutang beli kereta plak..:-p

Friday, August 5, 2011

Jgn Risau.Puasa Pun Susu Tetap Ada

Assalamualaikum..yup.harini dah 5 Ramadhan..fuhh..kejap jek dah seminggu puasa kan..so breastfeeding mother apa cite??Kita alhamdulillah tak risau pun pasal susu time2 bulan puasa ni..Takdelah sampai terus takde susu.Ada jek..Ibu2 yang menyusu baby tu kenelah pandai jaga makan..kene tau apa nak kene makan..masa berbuka n sahur..Jangan ar negatif sangat kalau korang pikir, puasa jek terus takde susu..korang pikir camtu, jadilah camtu nanti..so jangan negatif2 k..be POSITIF..:-)...

Kalau boleh jangan minum ais bnyk2 sgt..kalau tak minum lagi bagus..ais buat anak kita tak sihat n susu pun kureng..hehe..pastu kalau boleh amiklah nasi masa berbuka n sahur..makan makanan berkhasiat skit..and lepas tarawih sampailah nak sahur tu..minumlah air..letak sebelah tempat tido..tak pun buat milo panas makan ngan biskut before tido..masa sahur bleh makan oat ke..insyaallah, susu mesti ada..nk sahurlah lewat2 skit..Oklah..yang penting, jangan putus asa!!Jom baca article pasal breastfeeding dlm bulan puasa dari Berita Harian Online-4 Ogos 2011..

Azra suka meyeyek stail ni skrg..hehe..

Puasa tidak jejas susu ibu



Oleh: Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2011/08/04


Ibu perlu perbetul tanggapan salah



JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekali. Ini kerana ‘kerancakan’ pengeluaran susu sebenarnya berpunca daripada semangat, tanggapan serta minda positif untuk si ibu terus menyusukan bayi mereka. Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Laktasi, Rita Rahayu Omar, berkata banyak kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu kerana tubuh wanita berkemampuan menghasilkan beberapa adaptasi metabolik, untuk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa.


“Tetapi jika berlaku dehidrasi yang kritikal, ia mungkin terjejas sedikit. Oleh itu, ibu perlu pastikan mengambil jumlah cecair mencukupi, di samping tahu menilai keadaan kesihatan sendiri. Jika ia memudaratkan kesihatan anda atau bayi anda, maka haruslah berbuka.


“Sebetulnya penghasilan susu tidak bergantung kepada amalan pemakanan atau ubat-ubatan. Ia bergantung kepada keupayaan ibu untuk mengosongkan payudara secara efektif dan penyusuan dengan kerap. Pengambilan sebarang ubat-ubatan hanya memberi kesan untuk sementara waktu jika ibu tidak melakukan perkara asas dalam penyusuan,” katanya.


Beliau berkata demikian mengenai penyusuan ketika Ramadan. Daripada pandangan Islam, wanita hamil dan menyusukan bayi diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa terutama jika ibu bimbang berlaku kemudaratan kepada diri, bayi atau kedua-duanya.


Mengenai operasi memerah susu pula, Rita Rahayu berkata, waktu memerah susu seharusnya sama saja seperti hari biasa, cuma dalam bulan Ramadan ia boleh dimulakan awal pagi ketika bersahur kerana kuantiti susu biasanya lebih banyak ketika itu dan selepas berbuka.


Tiada persediaan khas yang diperlukan ibu. Yang penting si ibu perlu berfikiran positif, pasangkan niat untuk meneruskan penyusuan sepanjang bulan puasa yang mulia ini serta memastikan mengambil makanan yang menyihatkan.


“Minum banyak air waktu berbuka bagi mengelakkan dehidrasi, pada masa sama, berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ketahuilah, berpuasa adalah ibadat dan seperti disebut dalam surah al-Baqarah 185, yang bermaksud `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran’,” katanya.


Segelintir wanita hari ini terlalu cepat mengalah untuk penyusuan dengan alasan ‘tidak ada susu’ sedangkan ia tidak begitu. Lima puluh peratus daripada wanita yang sedang menyusu melaporkan masalah kekurangan susu sepanjang tempoh penyusuan dan ia adalah antara sebab utama mengapa mereka bercerai susu awal.


Kajian mendapati lebih 90 peratus adalah ‘falsely perceived’ bererti ia adalah disebabkan oleh asas dan amalan penyusuan yang tidak betul. Hanya lima peratus wanita yang tidak berupaya untuk menghasilkan susu secukupnya dan ia berpunca daripada masalah tifoid, prolactin, PCOS (infertility) dan Hypoplasia.


“Kesimpulannya, 95 peratus wanita normal dan mampu menyusukan anaknya. Perkara yang menyebabkan seseorang ibu mempunyai persepsi yang salah (kekurangan penghasilan susu) adalah kekurangan ilmu mengenai penyusuan; payu dara kelihatan lembik dan proses lonjakan tumbesaran yang menyebabkan bayi menyusu dengan lebih kerap.


“Selain itu, tidak dapat menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak serta kurang pengalaman mengenai pengeluaran susu atau ‘Milk Ejection Reflexs’ (MER) atau let-down, serta bayi sentiasa meragam,” katanya.


Jelasnya penyusuan susu ibu juga adalah cara yang paling baik untuk menangani tekanan. Ia berlaku kerana hormon penyusuan secara semula jadi akan bertindak balas dan bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan mental seseorang wanita itu terpelihara.


“Hormon Prolaktin iaitu hormon yang menimbulkan perasaan keibuan dan menjadikan si ibu tenang. Hormon oksitoksin pula adalah hormon yang mencetuskan perasaan kasih sayang. Kesan psikologi ini berkekalan sepanjang si ibu mengamalkan penyusuan ibu. Di sinilah keunikan yang ada pada penyusuan ibu jika si ibu mengamalkannya dalam erti kata sebenar.


“Ibu bekerjaya harus memperbanyakkan amalan penyusuan secara terus pada setiap peluang yang ada dan jangan terlalu bergantung kepada pemberian susu perahan. Amalan lebih banyak memberi susu perahan saja inilah yang menyebabkan ramai ibu berkerjaya tidak mendapat manfaat menyusu. Menyusu adalah titik permulaan ikatan kasih sayang sesebuah institusi keluarga dan melahirkan keluarga yang penuh kasih sayang,” katanya.


INFO:


Persediaan puasa ibu menyusu


•Melewatkan sahur


•Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang. Minum cukup air.


•Moreh


•Memerah susu di awal hari

•Berdoa


•Bertawakal




Kebaikan menyusu buat ibu


•Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan


•Menjarakkan kehamilan secara semula jadi


•Mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari


•Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis


•Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi


•Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak




Kebaikan susu ibu kepada bayi


•Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi


•Mengurangkan masalah alahan


•Mengurangkan masalah sistem penghadaman


•Membekalkan zat untuk tumbesaran optimum


•Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak


•Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)




Kebaikan ibu menyusu kepada keluarga dan masyarakat


•Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula


•Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit


•Merapatkan hubungan kekeluargaan


•Mesra alam - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran


•Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak


•Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara.

Link to this article

Thursday, August 4, 2011

Tolonglah Jangan Buat Lagi!!!

Assalamualaikum..Sejuk pagi ni..Alhamdulillah, harini dah masuk 4 Ramadhan..cuaca pun ok dari 1st day puasa.So taklah haus, penat n cam nak pitam sgt..Still oklah..;-)...Harap2 dapat puasa penuh lagi this year.Dari lepas kawin sampai skrg, still puasa penuh..n now lepas deliver Azra, bendera merah blum datang lagi..harapnya kalau nak datang pun lepas habis puasalah..hehe..

Pagi ni dengar ERA Fm kat dlm kereta.Sedih, geram, serious skit topik pagi ni.Pasal sorang penonton yang tengok Harimau Malaya lwn Singapore haritu..Menurut cite mangsa yang di kenali sebagai Ahmad Jazimin(ERA call mangsa ni), lepas nyanyi lagu Negaraku (opening ar ni) tiba2 dia dengar bunyi letupan cam mercun and rasa mata kanan dia pedih..(adduhhh..)..Ahmad tu rasa cam rasa something mengalir kata mata kanan dia..bila dia pegang, dia nampak darah n ada lendir putih dari mata kanan dia..Member2 dia pun terus gegas bawak dia keluar stadium ke ambulans yang ada kat luar stadium tu (nasib baik bila perlawanan bola ada standby ambulans)...Kira taklah lambat nak dapatkan banduan..Kesian gile ok..Bola mata kanan dia memang dah takleh diselamatkan lagi.Kira dah cacat kekal dah..

Rasa cam geram sgt kat sape yang dok baling mercun tu..Dia ingat funny ke??Fun sangat ke baling2 mercun ni??Kan ke tak boleh bawak masuk dalam stadium..botol mineral pun takleh bawak, apatah lagi mercun..GERAMNYA!!!!Nak tengok buat cara tengok ar..buat malu Malaysia jek..isk..Habis rosak masa depan Ahmad tu..Nak tambah lagi sedih, Aznil (kat radio ERA) cakap, Ahmad Jazimin tu baru jek kawin..n this year first time sambut raya dengan bini dia..n bini dia pun tengah pregnant n tunggu first baby diaorang..Huaaaaa...sedihnya..Tak boleh ar dengar cite camni..Memanglah hidup mesti diteruskan.Tapi kalau dah merosakkan masa depan orang disebabkan kecuaian sendiri, sape tah hangin kan??Adoii..kesian gile kat Jazimin..;-(...Susah tau kalau guna mata sebelah jek..For sure nak drive pun dah takleh sbb takleh nak agak jarak penglihatan..Nak tengok sana sini pun eye sight dah limited..sedihnya..

Dahlah orang yang buat tu tak dapat tangkap..GGrrrr..lepas gitu jek..Tak taulah orang yang pedajal Ahmad ni sedar ke tak yang mercun dia telah membutakan mata Ahmad..Tak taulah Ahmad ni dok seat kat ner..Manalah tau orang atas baling ke bawah..Wallahualam..tapi kalau orang yang buat tu sedar n buat2 tak nampak or tak mengaku..memang ar.."Ko sampai mati pun hidup tak amanlah aku gtau ko..!!!!"...Kalau yang buat tu sedar, dengar topik radio ERA harini, pleaselah buat report polis..serah diri..sian wei kat Ahmad..kene buta2 camtu jek tak dapat tangkap sape pesalah dia..Alah..macam kes baling asid tulah..tak dapat tangkap sape yang buat..tapi nasib mangsa tu memang totally berubahlah selamanya..cacat..buta..isshh...Makan masa jugak tu nak pulihkan balik semangat..:-(...

Oklah..tu jek nk gtau..So, nasihat general senang cite camni ar..ni lagi ar bulan2 nak dekat raya ni, toksah ar main bunga api ke, mercun ke..And ada lagi satu cite tau..Jiran kita dulu masa kecik2, kes main bunga api jugak..Skrg ni mata dia rosak sebelah..yang mata hitam tu dah jadi putih..kes main bunga api ar jugak..Ada jugak kes2 dlm surat khabar last year kalau tak salah..budak pempuan kene mercun orang lain baling n terkena ke arah dia..issh...serious tension ok..kita tak main, kita pulak yang buta..MEMANG KURANG AJAR..!!!kepada yang main2 bunga api ke mercun ke..janganlah main..kalau nak sangat..main setempat..takyah ar baling kat rumah orang..baling tempat lain.."ko nk terbakar, biar ko sorang terbakar..jgn nak libatkan orang lain pulak.."...n kepada sesape yang nak tengok bola kat stadium tu..buatlah perangai elok2 skit..jgn bawak barang yang org kata jgn bawak..tak paham2 bahasa ke..lazer kaler ijo ke..oren ke..merah ke..pun takyah ar bawak..bawak g office jek wat tunjuk time korang wat presentation masa meeting sudah..letih ar nak berleter jek ni..hehe..Bawah ni petikan article dari myMetro pasal Ahmad Jazimin ni..moga korang semua INSAFLAH!!


pity Ahmad Jazimin..

KUALA LUMPUR: Semangat membara seorang peminat bola sepak negara memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu berakhir tragedi apabila dia disahkan doktor buta mata kanan akibat terkena mercun yang dilempar penonton tidak bertanggungjawab.



Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, mengalami kecederaan parah pada bebola mata kanannya yang rosak akibat terkena serpihan mercun yang dilemparkan sejurus puluhan ribu penyokong tamat menyanyikan lagu Negaraku sebelum perlawanan dimulakan kira-kira jam 8.40 malam.


Menceritakan kejadian, Ahmad Jazimin yang menjalankan perniagaan mencetak kad kahwin berkata, dia bersama beberapa rakan lain daripada Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) duduk di tempat terbuka dalam stadium berkenaan.


“Sebaik saja lagu Negaraku habis dinyanyikan, saya terdengar bunyi letupan dan ketika itu juga mata terasa pedih. Saya kemudian merasakan sesuatu mengalir dari mata kanan. Apabila saya pegang, saya melihat darah pada tangan selain lendir berwarna putih sebelum dua rakan yang berada berhampiran memapah saya keluar.


“Rakan membawa saya keluar di celah ribuan penonton lain ke sebuah ambulans di pekarangan stadium dan saya terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya yang ditemani ibu, Surakiah Mamat, 63, ketika ditemui di PPUM, semalam.


Source:myMetro



Merisik Khabar-ERA Fm bersama Ahmad Jazimin

Tuesday, August 2, 2011

:: ♥ALL ABOUT L.I.F.E♥ ::: CARA SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

:: ♥ALL ABOUT L.I.F.E♥ ::: CARA SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH: "Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan ..."

[share this n3 from Jan's blog..yok visit blog kawan kita ni..ada cara2 solat sunat tarawih..;-)....thanks for sharing ek Jan...]

Takziah Amie & Hubby..:-(

Assalamualaikum..Tak tau nak cakap apa..rasa cam nak nangis pun ada..:-(..Walaupun kita tak pernah jumpa, but kita rasa close sangat dengan one of my blogger friend, Amie..Kenal Amie pun kat blog..and at the same time kenal jugak Anita, Sabrina, Asyikien,June..etc..maklumlah, anak2 kita semua lahir dekat2..:-p

She's very hardworking, creative mummy, sempoi,..and sampai dah sarat pun still lagi bekerja(rajin sgt)....Skrg working as a wedding planner and Amie antara orang yg kita suka tengok n baca blog dia..and haritu tunggu hari nak bersalin jek her second baby..and tiba-tiba saw Amie's friend tulis something on her wall..

I was like ...."Huh??Really??"..tak tau nak cakap apa..Sedihnya bila dengar berita ni..Sebab baru2 ni Amie letak status macam almost nk deliver jek..sebab baru dilate 1cm..


Hmm..kita tak tau kuat ke kita bila menghadapi saat2 macam apa yang Amie hadapi skrg.Sedihnya hati bila anak yang kita kandung 9 bulan 10 hari tu lahir seketika dan pergi untuk selamanya..:-(..Apa yang mampu kita ckp.."Amie, takziah buat Amie sekeluarga..be strong..Mungkin tuhan lebih sayangkan baby Amie tu..Insyaallah, baby tu akan jumpa Amie dan hubby di syurga nanti..Apa2 pun, semua di muka bumi ini kepunyaan Allah..kita hanya diberi pinjam buat sementara..Moga Amie dapat berjumpa dengannya di sana nanti.."...Huaaa..rasa cm nak nangis..


amie, hubby n qaira..(grab this pic from Amie's blog)

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Apa2 pun kita berserah dan redha atas ketentuan tuhan..Moga Amie tabah dalam menghadapi hari2 mendatang..:-(..jangan risau babe, we always there for u..Al-Fatihah buat little baby Amie..

Monday, August 1, 2011

Yok Balik Muo!!

Last week (Sabtu) balik Muar sat.Isnin dah start puasa, so umah kenelah kemas skit2 mana yang patut.Balik pun Sabtu petang..Ahad dah balik KL..Sempat jugak balik tengok kubur mak.Orang tukang kubur tu dah buat kepuk pakai batu bata kat kubur mak..Pastu singgah rumah Mak Pah jap..Mak Pah adik arwah mak.Rumah mak pah duduk pun asalnya rumah atuk kita dulu (yang kita panggil bapak tua ngan mak tua)..so kira cam balik rumah atuklah walaupun atuk dah lama takde..

Langkah kanan jugaklah pegi rumah mak pah sebab mak pah buat kuih apam homemade yek.Siap kelapa pun panjat sendiri petik blakang rumah..hehehe..Dapat jumpa mak pikah, ayah nor, niti ngan maryam n farah (dua2 baby niti lebih kurang baya azra ngan ayra)..Dapat rambutan petik sendiri blakang rumah mak pah lagi..hehehe..So seperti biasa, orang bando balik kampung, amiklah gambar apa2 yang patut buat tatapan korang..hehe..Tak sabar nak balik raya..weee!!!

 haaa..kan ok skit kubur mak..

 guna batu bata jek dulu..nanti tanah dah betul2 mampat boleh buat kepuk cam jiran sebelah mak..

 no rumah mak..:-)

 ayra sibuk buang pasir kat sandal dia..isk...kepoh tul..

 view tanah perkuburan batu 6 bakri Muar

 goodbye..

 ichi sibuk memetik rambutan..

 tingginya..

 yumm...yummm..

 mak pah tengah kupas kelapa..

 huaaa..pokok cili blakang rumah...bestnya..

 pokok limau kasturi..

 pokok keladi..

 pokok kacang botol..isk..bestnya..


 tengah buang semut kat rambutan..

 tengah tunjuk lembu kat ayra..

 yeah..parut sendirik yek..

 ayah nor..:-)...Abe wey..wey..hehe..

 Azra sibuk main walker farah

 wah..apam dah siap..

 karipap..sluurrpp..

 kelapa buat sendirik tau..

 farah anak niti..hehe..sebaya Azra..beza 6 hari jek..farah lahir 5 haribulan..

fuhhh..apam mak pah terbaik..

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum..Alhamdulillah ya Allah.Masih lagi berpeluang bertemu Ramadhan tahun ni.Harini 1 Ramadhan..Happy sangat sebab bulan Ramadhan kan bulan nk kumpul pahala..bulan beramal..Harap tahun ni dapat khatam al-quran. Lagipun haritu kan beli al-quran dengan pen digital..wah, lagi bersemangat ar nak membaca..:-).Harap dapat buat solat tarawih tanpa gangguan Ayra n Azra..moga dipermudahkan segalanya oleh Allah..Amin..

Sambil2 pikir ..eh, cepat jek dah masuk bulan puasa kan.Tiba2 hati rasa sayu jek..:-(..Teringat arwah mak.Mak meninggal last year..hari pertama puasa petang tu dah masuk hospital.And hari raya pertama dah kembali menghadapNya..Tahun ni kira tahun ke 2 lah beraya tanpa mak..Rindu sangat kat mak..tak puas lagi dengan mak tau2 mak dah takde..

So azam bulan Ramadhan tahun ni..Nak cuba solat tarawih cukup sampai akhirnya..Nak khatam al-quran..:-)..Al-fatihah buat mak..
masa birthday mak tahun 2009

 
masa mak kat kat ICU kat KBMC...:-(

 
nama mak kat white board HKL..last place before mak pergi untuk selamanya..:-(

 
sempat amik gambar mak masa hari last mak keluar hospital..
before beberapa hari nak raya..

 
pullchair mak yang kiteorang belikan.sempat merasa sekali jek..:-(

 

al-fatihah..