Thursday, July 7, 2011

Kiamat

I don't know what to say..kiamat makin hampir.Cukup ke amalan kita yang nak dibawa ke sana nanti??Hari-hari tanpa malu dan segan dengan Allah, kita masih lagi melakukan dosa..Subhanallah..Ampunilah aku ya Allah..Bila masanya kiamat, hanya Allah saja yang tahu..Tapi yang pasti, ianya sudah hampir..Malu dengan Tuhan..Ampunilah aku ya Allah..Ampunilah kedua ibu bapaku..Ampunilah suami, anak-anakku serta keluargaku..Aku tak mampu untuk menghalang..Tak tahu apa yang akan berlaku esok, minggu depan, tahun depan..tak dapat ku bayangkan ya Allah..Moga aku dan keluargaku tergolong dalam golongan orang-orang yang kau kasihi, yang kau sayangi..Kau Maha Pengasih..Maha Pengampun..kasihanilah aku ya Allah..

Semoga dari detik ini hingga ke akhir nyawaku,...moga kau berikanlah petunjuk.Aku nak mati dalam iman..Berikanlah aku kekuatan..Moga aku dan keluargaku dapat bertemu di syurga yang kekal abadi..Amin..

Peringatan buat diriku..Moga apa yang dilakukan semuanya kerana Allah..dan moga aku dapat menjadi seorang hambaMu yang taat..mengerjakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMU..moga aku menjadi seorang isteri yang solehah..patut dan hormat kepada suamiku..moga aku menjadi seorang ibu yang solehah terhadap dua cahaya mataku..Ayra & Azra..Aku tak tau apa yang akan terjadi di satu hari nanti..Yang pasti, ya Allah..lindungilah kami..Amin..:-(

Satu lagi coretan yang membuat jiwa dan hatiku tidak keruan..Moga kita sama-sama ambil iktibar..Sedarlah wahai kawan..

"Mungkin ramai yang sudah membaca tetapi apa salahnya sebagai peringatan buat kita semua.

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012. 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis )..wallahu'alam bissawab.."

Wednesday, July 6, 2011

Serious Nak Bagi Vios..Korang Takmo Ke??

Ahaha..pagi-pagi dah buat kejutan kat MAHSA JUC..Tetiba, syar nampak diaorang (sape tah) dok sibuk2 pam belon..Belon daripada Vios??Diaorang tengah sibuk letak belon kat area campus..setiap kereta yang park kat bawah campus pun dapat sorang satu ..hoyey..kita sure dapat jugak..Hopefully takde sape curi..

"are you the chosen one?"

Uhuhu..Nanti dapat kete free ke??Tengok2 ada belon kat luar library..kiteorang apa lagi.G serang ar..hehe..rupanya ada cam contest kot..boleh menang kete Vios..so korang rasa nak menang jugak, silalah layari website ni.."pakcik menang kete"...uhukk..."are you the chosen one"... bukan setakat yang join contest tu dapat hadiah, yang vote pun boleh dapat hadiah..so apa tunggu lagi...Jom serang..!!!


belon putih..belon purple..cantik kan??


yikes..boleh dapat kete..:-p


adalah itu cara-cara nak join contest tu..

budak dua orang ni wajib posing okeh..(layankan..)

tengok..setiap kete dapat satu belon..bestnya..

Tuesday, July 5, 2011

Fuhhh A&W Terbaik

Dadaaa..Putus idea nak makan apa dah ..Balik-balik lunch aunty bawah nun (mamaklah..)..Tetiba teringin nak makan AnW..nasib baik ada delivery ke area PJ..Sebab AnW sebenarnya takde hotline untuk delivery makanan. Only selected outlet jek yang buat service ni..So AnW yang terdekat ialah SS2 PJ (haku pun tak sure lokasi sebenarnya..hehe)..


fuhhh...root beer float..sslllluurrpp (tapi bayangkan jeklah cam dalam
mug gemuk ni yek..sebab delivery guna cawak kertas aje..)

Boleh tahan berejam jugak sampai..Dah kebelai kiteorang kelaparan..ckp sampai dalam 40 minit..nak dekat 1 jam jugaklah tunggu.Nasib baik sampai jugak. Ingatkan tak sampai..Hebat jugaklah brother hantar AnW tu..tak call pun boleh sampai dengan jayanya..hehe..Maklumlah kene memanjat sampai tingkat 4.."thank you brother.."..


mozza burger..fuhh..dengan thousand island..tomato besar-besar, daging salai..peerrgghh...

So tadi order mozza burger, curly fries ngan root beer float..fuhhh..terbaik..sedap gilos..pengsan makan..hehe..Alhamdulillah, kenyang harini...Ahahaha..confirmed korang pun terliur sama kan??Nak order??Boleh ajer..tengoklah kalau AnW dekat-dekat rumah korang ada service ni..meaning, kalau takde yg paling dekat so diaorang tklehlah hantar kat rumah/office korang..Senang skit calling-calling ni daripada terus g kedai..Maklumlah traffic jam..

 kita tengok sape yang kene..(checklah kalau ada AnW paling dekat ngan rumah korang)


ni dia punya menu..silalah order yek..

Charge penghantaran RM2 jek..and minimum order RM10..so apa tunggu lagi..orderlah....Brruuppp..(angin sendawa minum root beer float tadi tak abis-abis lagi)..:-p..

Monday, July 4, 2011

Birthday Ayra & Makan-Makan

"Happy Birthday Ayra!!"..Birthday Ayra kan Sabtu..And hari Sabtu jugak kiteorang balik Muar kejap.Nak tengok kubur mak sebab haritu nk buat kepok tapi tanah tak mampat lagi so tak jadi-jadi lagi..Gerak balik pun dah petang sebab nak collect macaron Ayra, cake birthday Ayra, nak tunggu Angah balik keje baru bleh gerak..HM takleh ikut balik sebab kerja sampai malam Sabtu Ahad tu..:-(..

Generally takdelah activity yang menarik sangat balik Muar kali ni..sebab balik pun last minute.And sempat potong-potong cake Ayra pun kat Muar jek..hehe..And balik Muar standardlah kan, kalau tak makan tak sah..hehehe..Sabtu malam dalam pukul 10 malam baru sampai..so singgah bus stand beli bubur campur. Nak beli yong tau fu sup, tengok-tengok bnyk dah "licin"..Siang Ahad pulak breakfast mee rebus, sate, ..tengah hari makan asam pedas ikan pari & ikan sembilang, beli putu piring..singgah rumah Mak Pah hantar kad kawin Anisa, singgah kubur mak..nak pack-pack balik KL semula..fuhh..Nak masak pun tak dan..semuanya beli..Lagipun balik dah suntuk kan..Dan yang lain, enjoy gambar jeklah..
 


teruja..


comel sangat..sedap pulak tu..


 mari kita potong..


busy mengagih-agihkan cake...hehe..


big sister Ayra

 

kecik tapi sedap..


whoopie pie



macaron Rina..new packaging..:-)



Angel Cupid Kitchen..:-)



birthday cake Ayra


Ayra is 2..


orang suruh buat peace (2 taun), dia buat muka pulak..

Saturday, July 2, 2011

Happy Birthday Ayra

Just a short entry..
Harini 2 Julai birthday Ayra
My first baby..Kejap jek dah 2 tahun...:-)
"Happy birthday Ayra..mama & ayah sayang Ayra..adik Azra pun sayang kakak Ayra jugak"..
Moga Ayra dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat, jadi anak yang solehah..berbahagia dunia dan diakhirat..

Friday, July 1, 2011

Candle Light Dinner With Dr. Shahril??

Assalamualaikum..Smlm (Khamis) sebenarnya kita ada "candle light dinner" dengan Dr. Shahril..ahahaha..tajuk macam gempak.Saje jek nak buat tajuk gempak macam Hanis Zalikha..:-p..Haiisshh..mana ada..dah kawin berangan plak nak bercandle light dinner ngan boss sendiri..Takde maknanya.

Actually, smlm balik lambat skit sebab kiteorang (Syar, Cda ngan kita ar) g dinner kecik-kecik jek kat Block A JUC Campus..Bukan makan besar pun..Boss tak penah-penah nak belanja, kali ni blanja..so..rezeki jgn ditolaklah yek..Maybe nak dekat-dekat puasa ni kan..so dok bersedekahlah tu (alhamdulillah..)..Kebanyakkan yang datang pun staff-staff admin/guard kat JUC jek..(sape yang kat PBD tu janganlah terasa hati yek)..ni bukan makan yg besar-besar yang selalu diaorang buat.Ni saje-saje jek nak bagi treat kat kiteorang ni yg dah putus selera nk makan kat cafe JUC ni..hehe..(yelah, takde choice nak makan)...Dr. Shahril dengar kot luahan rasa hati kiteorang ni..hakkk tui..hehe..

So makan pun takdelah gempak sangat..Nasi Ambeng modern..sebab tak bungkus pun..lauk cam ala-ala catering ar kan..ada ayam kari, serunding, ikan masin, kacang goreng and sedikit pencuci mulut..yang paling yummy, cheese cake Aida..sodap gilos..macam ala-ala Secret Receipe..(kene order ni)..Takde pun nak tambah 2 kali sebab lauk pun cam cukup-cukup untuk semua orang makan..oklah kan..orang nak belanja..

Anyway, thank you so much Dr. Shahril..smlm before balik dah say thank yo u..pagi ni pun dah e-mail thank you kat dia..Tapi Dr. Shahril blum reply lagi ar (dia pun blum masuk office)..Oklah..Ta ta..

 syar..

 cda..

 shikin..

 me..ayo cda, membelakangkan cahaya..membuatkan gambar saya gelap ar.
dah ar memang sedia kala gelap..:-(

 takde kejelah tu..

 mr. sutan pun menempel sama..

 cute cholocate cuppies..

 popia basah & sosej cucuk-cucuk

 warden gempak MAHSA..:-)..tiba-tiba nak enterframe..
terkejut makcik so gambar shakinglah skit yek..

 mari kita mamam..

 yummy...Nasi Ameng modern..

 lauk-lauk dia..

 ini makanan saya..:-)

 posing dulu before makan yek...

 nak jugak..

 dengan syar before makan...:-)

 tengah khusyuk makan, vasatha pulak dok kacau..

 tengok apa tu syar??

 gulpp..gulp..

 ohhh..cheese cake blueberry itu sangat yummy..

 intan & vasantha..

 haip..bila masa gambar ini diambil??hehe..ni mesti time g toilet..

haaa..ni pun...culprit nya..hehe..:-p

Peristiwa Israq dan Mikraj

Hopefully tak terlambat untuk mengeluarkan n3 ni..walaupun pada asalnya sambutan israq & mikraj patutnya pada 27 Rejab (beberapa hari lepas)..Got this valuable information from al-azim..Credit goes to this website..Marilah kita sama-sama hayati cerita di sebalik peristiwa israq & mikraj ini..

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1).